Sunday, March 11, 2012

PERKEMBANGAN TERBARU BERITA BANJIR DI KAMPUNG BELUM BARU


 
Inilah dua dua keping gambar di halaman rumah dan jambatan Belum Baru yang sempat di rakamkan oleh Ketua kampong, merangkap Pengerusi JKKK kampong Belum Baru pada waktu puncak banjir melanda iaitu pada lebih kurang jam 1.00 pagi10 Mac 2012. Kelihatan air Sungai Kenering telah naik mendadak hingga mengatasi paras jambatan Belum Baru dan halaman rumah beliau telah menjadi alur sungai yang deras. Menjadi satu keajaiban juga bahawa jambatan Kampong Belum Baru tidak runtuh walaupun teruk dilanda kelajuan air yang disertai dengan bebarapa batang balak, dahan kayu dan sampah sarap. Namun demikian pada keesokan harinya bila banjir surut, didapati jambatan Kampung Belum Baru mengalami sedikit pergerakan struktur manakala dikedua-dua permukaan jambatan terhakis teruk.



 
11 Mac 2012 jam lebih kurang 4.00 petang, hari ke dua selepas kampong Belum Baru  dilanda banjir besar, Ketua pemuda UMNO Lenggong merangkap EXCO pemuda UMNO Malaysia  En Irwan Bin Zulkifli, sampai kesekian kalinya melakukan lawatan tinjauan ke kampong Belum Baru untuk mengetahui  keadaan terkini mangsa banjir.  Beliau sedang berusaha bagi memberikan bantuan yang mana difikirkan perlu bagi meringankan beban kesusahan  yang dialami oleh mangsa banjir. Beliau turut melawat beberapa buah rumah yang terlibat.


 
Pada hari pertama kejadian banjir melanda iaitu pada 10 Mac 2012 Ydh Toh Shahbandar Ulu YB Dato' Haji Mohd Tarmizi Bin Haji Idris - Adun Kenering telah sampai melawat kampong Belum Baru bersama dengan Tuan Wan Jamil - Timbalan Ketua Polis Daerah Gerik  meninjau keadaan disamping memberikan bantuan keperluan penyediakan makanan untuk mangsa banjir. Pada hari ini, 11 Mac 2012 lebih kurang jam 4.00 petang, Pak Tok tampil sekali lagi di kampong Belum Baru. Lawatan beliau pada kali ini adalah menyampaikan pula bungkusan bahan makanan mentah seperti beras, gula dan wang tunai untuk keperluan kecemasan sebanyak RM100.00 kepada setiap keluarga yang manjadi mangsa banjir. Beliau menerangkan bahawa ianya adalah sebagai bantuan permulaan. Begitulah perihatinnya pemimpin terhadap nasib rakyat yang ditimpa kesusahan.
Pak Tok sempat melawat ke beberapa rumah penduduk yang dilanda banjir bagi meninjau sendiri akan kerosakan dan kerugian yang dialami oleh rakyat.


 
Seorang AJKKK Kampong Belum Baru, Pn Chik Yah, mewakili Pak Tok menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir yang uzur yang diterima oleh anaknya Aminah (gambar kanan). Pak Tok tidak sempat menyampaikan sendiri kerana kesuntukan masa. Pak Tok bergegas pula meninjau ke kawasan/kampung yang lain bagi misi yang sama. 


Pada jam lebih kurang 6.00 petang pula, satu rombongan sembilan orang dari Majlis Belia Gerik dan Ipoh serta dari Institut Darul Redzuan yang diketuai oleh Cikgu Suhaimi Hayani - Pengerusi belia daerah Gerik sampai ke kampong Belum Baru menyampaikan bantuan makanan.


Betapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Beginilah keadaanya diantara beberapa buah rumah yang dilanda banjir yang boleh disamakan dengan banjir kilat. Sebelum ini, belum pernah dalam sejarah 58 tahun pembukaan Kampung Belum Baru, banjir yang sedemikian hebat melanda. Mereka hanya sempat menyelamatkan nyawa sendiri dan keluarga sahaja.

Bagi Puan Latifah, suaminya En Shamsuddn dan anak-anak, pemergian mereka ke Kuala Lumpur telah menyebabkan hanya pada hari kedua sahaja baru mereka dapat menyaksikan sendiri akan kemusnahan harta benda dan sebahagian kerosakan rumah mereka.

No comments: