Monday, March 12, 2012

HARI KE TIGA SELEPAS BANJIR DI KG BELUM BARU

 
Gambar penyerahan dapur gas oleh En Irwan kepada 
salah seorang mangsa yang sempat dirakamkan

Hari ke tiga – 12 Mac 2012 selepas kampong Belum Baru dan sekitarnya dilanda banjir besar. Berbagai pihak dan agensi kerajaan silih berganti datang meninjau dan memberikan bantuan. Pada sebelah tengahari, sekali lagi En Irwan Zulkifli - ketua Pemuda UMNO Bahagian Lenggong merangkap EXCO Pemuda UMNO Malaysia datang ke Kampung Belum Baru. Kali ini kedatangan beliau adalah menyampaikan set dapur gas bagi mangsa-mangsa yang mana dapur mereka samada hilang atau rosak akibat banjir.

Pada sebelah paginya, pihak JKR Gerik menyediakan lori untuk mengangkut sampah sarap, perabut dan barangan lain yang telah musnah yang dibuang oleh mangsa banjir. Di samping itu pihak JKR juga membuat tinjauan kerosakan jambatan untuk persediaan kerja-kerja membaik pulih.
                                                   

Pn Ramlah Bt Yasin. Seorang warga 
emas sedang menerima sumbangan 

Beberapa gambar yang sempat di rakamkan semasa penyerahan bantuan dari JKM Hulu Perak bertempat di perkarangan masjid Nur Al-Huda Kg Belum Baru

Seterusnya pada jam lebih kurang 6.00 petang, seramai 7 orang kakitangan  Jabatan Kebajikan Masyarakat Hulu Perak yang diketuai oleh Cik Farah Rusilah menyampaikan bantuan pelbagai keperluan harian kepada 36 orang mangsa banjir kampong Belum Baru. Terima kasih JKM Hulu Perak.

Sesungguhnya keperihatinan yang ditunjukkan oleh berbagai agensi dan pertubuhan yang silih berganti datang meyampaikan bantuan membuktikan bahawa pihak berwajib sentiasa mampu membantu rakyat pada masa yang diperlukan. Ini juga membuktikan bahawa Negara Malaysia telah diurustadbir dengan baik sehingga mampu membantu rakyat disaat-saat rakyat memerlukan bantuan.

No comments: