Monday, March 19, 2012

BENCANA BANJIR BESAR DI KG BELUM BARU - KENANGAN SEPINTAS LALU

Setiap bala yang datang dari Allah mempunyai hikmah disebaliknya. Bila kita diuji mungkin pada masa itulah kita boleh lihat siapa sebenarnya diri kita. Ramai pendapat mengatakan bila bala mendatang itu adalah hukuman dari Allah. Tetapi pada hakikatnya yang sebenar ianya adalah ujian Allah terhadap iman seseorang. Bukannya hukuman.

Bila banjir melanda kampung Belum Baru pada tangah malam 9 Mac 2012 dan surut pada pagi 10 Mac 2012, ramai rumah penduduk ditenggelami air bah (banjir). Maka penghuninya sudah tentu dilanda trauma. Mereka kehilangan banyak benda berharga. Rumah yang mereka bina mengalami kerosakan akibat dilanda arus yang deras. Peralatan rumah dan peralatan letrik yang dibeli sedikit demi sedikit sejak bertahun lalu musnah sekelip mata.
Mereka tiada masa lagi untuk berfikir bagaimana mahu menyediakan makanan. Bahkan alat memasak dan keperluan makanan dapur turut musnah.

Namun demikian, perihatin sesama Islam dan saudara mara segera menjelma. Pihak berwajib dan wakil rakyat pula bertali arus sampai menyampaikan bantuan. 

Tanpa di suruh, tanpa di arah, maka berkumpullah sekumpulan sukarelawan terdiri dari wanita dan lelaki Kg belum Baru segera ke dapur masjid Nut Al-Huda Kg Belum baru menubuhkan satu pasukan memasak menyediakan makanan untuk mangsa banjir. Jasa mereka tidak sebesar mana tetapi cukup untuk melegakan keazaban dan kepayahan keluarga yang ditimpa malang.

Begitulah pusingan hidup didunia ini. Hari ini hari mereka di timpa malang. Akan datang mungkin giliran kita pula. Jadi jika bencana melanda, maka kita perlu berfikir bagaimana jika kita yang dilanda musyibah sedemikian rupa. Maka itu, perlulah ada perasaan seperti kata pepatah "cubit paha kanan, paha kiri pun sakit". "Yang berat sama dipikul, yang ringan sama di jinjing".

Pemuda dan belia Kg Belum Baru yang diketuai oleh Wan Mohd Zamri atau lebih dikenali Cher Kg Belum Baru dan Fudin pula bertungkus lumus mengerah keringat dari pagi sampai ke tengah malam bergotong royong membersihkan lumpur dalam rumah mangsa.
Negara kita aman dan maju jaya kerana diurus tadbir dengan baik. Bila bencana melanda kita tidak perlu bantuan asing dan sebagainya. Cuma koordinisasi yang baik sahaja yang diperlukan. Selain itu pertolongan dan derma datang mencurah.


                      

 
 
                                                                                                                                  
                                                                         
 Anak-anak buah Pak Ali- Guru Silat gayung Tg Rambai bersama dengan anggota 
polis da anggota JPAM setelah selesai menabur bakti di kampung Belum Baru

Gambar-gambar diatas dipaparkan bagi menunjukkan bahawa  berbagai pihak dan pemimpin terlibat dalam gotong royong membersihkan kawasan bencana dan memberikan pertolongan

Tidak perlu kita menyalahkan atau mencari kesalahan mana-mana pihak. Tetapi kita mesti juga muhasabah diri mengapa terjadi demikian. Mencari jalan agar kita dapat mengurang risikonya masa depan. Jika ada yang kekurangan, maka kita perlu bersedia dari sekarang untuk mengatasinya kerana malang datangnya tidak berbau.

Sikap perihatin yang ditunjukkan oleh sukarelawan membantu membersihkan kawasan bencana menunjukkan masyarakat kita adalah satu masyarakt perihatin.

Pada 13 Mac 2012 satu gerakan gotomg royong pembersihan secara besar-besaran dilancarkan di Kg Malau. Peserta terdiri dari Pegawai dan Anggota Polis Daerah Gerik dan Lenggong, Jabatan Pertahanan Awam dan MBD Gerik. Anggota berkenaan diagih-agihkan mengikut keperluan tempat bencana.

Terima kasih kepada semua yang terlibat.



No comments: