Saturday, March 10, 2012

BANJIR TERBURUK MELANDA KG BELUM BARU

 
waktu tengah malam sewaktu puncak banjir. 

Kelihatan beberapa barang kepunyaan 
penduduk yang tenggelam
(Harap maaf kerana mutu gambar yg tidak memuaskan)

Pada pagi 10 Mac 2012, Pemuda dan belia Kg Belum 
Baru bertungkus lumus membantu membersihkan rumah 
penduduk yang dimasuki atau ditenggelami air semasa 
banjir melanda. Mereka melaksanakan tugas sukarela ini 
dari rumah ke rumah yang terlibat hingga semuanya selesai.

BANJIR TERBURUK MELANDA KG BELUM BARU 

Segala-galanya bermula apabila hampir seminggu berturut-turut kawasan Mukim Kenering dan kawasan Hulu Perak dilanda hujan seolah-olah musim tengkujuh melanda kembali. Tetapi hujan lebat dua hari sebelumnya telah mencatatkan satu sejarah baru bagi Kg Belum Baru yang terletak dalam mukim Kenering.

Sejak berpindah dan membuka kampong Belum Baru pada tahun 1953, banjir yang melanda kampong Belum Baru bermula pada jam 11 malam 9 Mac 2012 dan berakhir pada pagi 10 Mac 2012 adalah merupakan banjir yang paling besar dan buruk melanda kampong ini.

Air sungai telah naik hampir 30 kaki dan melimpahi tebing menyebabkan 34 buah rumah di kampong Belum Baru yang didirikan dalam jarak 100 meter dari sungai samada ditenggelami atau dinaiki air. 22 buah daripadanya mengalami kerugian yang agak tinggi samada mengalami kerosakan serta kehilangan harta benda dan juga kerosakan kepada struktur rumah.

Dari maklumat yang diterima, kemusnahan yang teruk juga melanda Kg  Tg Kasau, Kg Padang Jeri, Kg Lawin dan kampong Malau. Beberapa buah rumah dan kereta terus lenyap di hanyut banjir.
Yang lebih menyedihkan, kampong Belum Baru bukan setakat dilanda banjir tetapi turut dilanda terputus bekalan air bersih, bekalan letrik dan perhubungan telefon (cellular dan juga talian tetap) secara serentak.
Tindakan cepat pihak berkuasa seperti pejabat Daerah, Wakil Rakyat (ADUN dan Ahli Parlimen), Penghulu Mukim, Bomba dan polis telah membantu mengurangkan risiko kehilangan nyawa penduduk.
Di kampong belum Baru, walaupun tidak ada pusat pemindahan didirikan tetapi pihak JKKK, Jawatankuasa Masjid, Pemuda UMNO, Belia, KRT, RELA dan pelbagai pertubuhan wanita telah bergabung melaksanakan beberapa tugas seperti berikut:-

-          Pemuda melaksanakan pertolongan membantu dan membersihkan rumah yang di landa banjir.
-          Kaum Ibu dengan kerjasama JKKK, Jawatankuasa Masjid dan lain-lain menjalankan kerja-kerja memasak dan penyediaan makanan kepada mangsa/keluarga dan petugas yang menjalankan kerja-kerja bantuan.

Pihak Parlimen Lenggong, ADUN Kenering dan Pemuda UMNO , melalui ketua pemudanya telah menyalurkan bantuan kewangan bagi keperluan bahan makanan untuk dimasak.
Namun demikian terdapat beberapa kelemahan yang perlu diberi perhatian oleh pihak berkuasa seperti berikut:-
-          Lori tangki bekalan air bersih dari LAP mestilah lebih proaktif membekalkan air kepada mangsa dan kampong yang terlibat.
-          Perhubungan telefon cellular (H/P) untuk meminta bantuan kecemasan tidak sepatutnya ikut terputus khidmat perhubungan memandangkan ianya “sepatutnya” di salur melalui udara dan bukan melalui kabel yang mungkin terjejas akibat banjir.

Terima kasih kepada pihak bomba kerana meminjamkan pengepam air bagi kerja-kerja membersih rumah yang dilanda banjir.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat membantu penduduk kampung yang dilanda bencana banjir.

No comments: