Sunday, May 1, 2011

PERASMIAN & PENGISTIHARAN "THE ROYAL BELUM"

PERASMIAN & PENGISTIHARAN "THE ROYAL BELUM"






Tiga clip video di atas adalah peristiwa bersejarah pelancaran dan perasmian Taman Negeri Perak "The Royal Belum" Pada 31 July 2003 oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Redzuan bertempat di komplek pelancungan Kuala Kejar, Tasik Empangan Temengor. Dalam video clip "Royal Belum Part 3" terpapar babak lakonan simbolik (Pantomen) ketua kampung dan rakyat Kg Belum Lama@Kg Belum Baru mengiringi ketua kampung dengan berakit ke tapak persinggahan Tuanku Sultan dalam misi mereka menyerahkan buku watikah pengistiharan "The Royal Belum". Pelakon-pelakun simbolik tersebut adalah merupakan sebahagian dari generasi "PEWARIS" bekas penduduk Kampung Belum Lama yang mana kawasan tersebut kini telah menjadi sebahagian dari "The Royal Belum". Hj Mat Karim Bin Mat yang persembahkan buku watikah pengistiharan "The Royal belum" kepada Kebawah Duli Tuanku adalah merupakan Ketua Kampung Belum Baru yang dijemput khas oleh pihak penganjur untuk menjayakan "Lakunan Simbolik" kerana adanya kaitan sejarah antara penduduk Kg Belum Baru sekarang dengan Kg Belum Lama. Kampung Belum Baru adalah penempatan semula penduduk Kampung Belum Lama yang dipindahkan oleh British pada tahun 1952/1953. Sila baca sejarah kampung Belum Baru dilaman web ini bagi mendapatkan gambaran yang jelas kaitan diantara Kg Belum Baru dengan Kg Belum lama di Lembah Belum. Walaupun Kampung Belum Lama tidak lagi menjadi tempat tinggal generasi baru, namun "WARISAN" mereka yang ditinggalkan disana masih ada kaitan dan bersusur galur dengan generasi baru penduduk Kampung Belum Baru. Mereka masih perlu ke sana dari masa kesemasa untuk menziarah kubur ibubapa dan datuk nenek mereka yang mereka tinggalkan yang sehingga ini (Tahun 2011) sudah mencecah 60 tahun. Mereka tidak pernah berjanji untuk meninggalkan terus kampung halaman tersebut tetapi masa dan keadaan memaksa mereka menerima situasi yang mereka hadapi pada masa kini. Simbolik penyerahan watikah ini adalah memohon/menyerahkan kepada Tuanku agar dengan Kuasa Tuanku, Kg Belum Lama akan terpelihara dan terlindung dari pencerobohan, dijarah, dibinasakan oleh pihak tertentu. Atas dasar amanah dan kepercayaan, penduduk kampung Belum Baru berharap Kampung Belum Lama akan terpelihara dengan baik di bawah "PIHAK BERKUASA TAMAN NEGERI PERAK". Mudah-mudahan....

No comments: