Tuesday, April 17, 2012

JKKK KG BELUM BARU SESI TAHUN 2012

AHLI JAWATANKUASA KEMAJIAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG
KAMPUNG BELUM BARU MUKIM KENERING
GERIK PERAK – TAHUN 2012
BIL
NAMA
KAD PENGENALAN
JAWATAN
1
HJ MAT NARUN BIN HJ MOHAMED
590416-08-6075
PENGERUSI
2
EN MOHD GHAZALI BIN HJ MOHAMED
551024-08-6365
SETIAUSAHA
3
HJ MOHD NAJIB BIN HJ MOHAMAD
540318-08-5930
BENDAHARI
4
EN MOHD BAKRI BIN HJ SULAIMAN
570121-08-6555
AJK
5
TN. SYED DAUD BIN SYED IBRAHIM
570120-08-6297
AJK
6
EN MOHD AZMAN BIN WACHIK
700902-08-6251
AJK
7
EN WAN MOHD ZAMRI BIN BIDIN
741002-08-7391
AJK
8
EN MOHD NOOR BIN HJ SUDIN
581031-08-5827
AJK
9
EN MOHD FAIZUL BIN HJ HASSAN
790910-08-5269
AJK
10
EN MOHD NOOR BIN CHE HAK
590517-08-6429
AJK
11
EN ROSLI BIN ANI
700105-08-7083
AJK
12
EN ROSLI BIN DOLAH
650208-08-5061
AJK
13
PN FADZILAH BINTI HJ MOHAMED
770515-08-7100
AJK
14
HJH HABESAH BINTI HJ SALLEH
560408-02-5128
AJK
15
PN AMINAH BINTI MAT RAHIM
610910-08-5786
AJK

Monday, March 19, 2012

BENCANA BANJIR BESAR DI KG BELUM BARU - KENANGAN SEPINTAS LALU

Setiap bala yang datang dari Allah mempunyai hikmah disebaliknya. Bila kita diuji mungkin pada masa itulah kita boleh lihat siapa sebenarnya diri kita. Ramai pendapat mengatakan bila bala mendatang itu adalah hukuman dari Allah. Tetapi pada hakikatnya yang sebenar ianya adalah ujian Allah terhadap iman seseorang. Bukannya hukuman.

Bila banjir melanda kampung Belum Baru pada tangah malam 9 Mac 2012 dan surut pada pagi 10 Mac 2012, ramai rumah penduduk ditenggelami air bah (banjir). Maka penghuninya sudah tentu dilanda trauma. Mereka kehilangan banyak benda berharga. Rumah yang mereka bina mengalami kerosakan akibat dilanda arus yang deras. Peralatan rumah dan peralatan letrik yang dibeli sedikit demi sedikit sejak bertahun lalu musnah sekelip mata.
Mereka tiada masa lagi untuk berfikir bagaimana mahu menyediakan makanan. Bahkan alat memasak dan keperluan makanan dapur turut musnah.

Namun demikian, perihatin sesama Islam dan saudara mara segera menjelma. Pihak berwajib dan wakil rakyat pula bertali arus sampai menyampaikan bantuan. 

Tanpa di suruh, tanpa di arah, maka berkumpullah sekumpulan sukarelawan terdiri dari wanita dan lelaki Kg belum Baru segera ke dapur masjid Nut Al-Huda Kg Belum baru menubuhkan satu pasukan memasak menyediakan makanan untuk mangsa banjir. Jasa mereka tidak sebesar mana tetapi cukup untuk melegakan keazaban dan kepayahan keluarga yang ditimpa malang.

Begitulah pusingan hidup didunia ini. Hari ini hari mereka di timpa malang. Akan datang mungkin giliran kita pula. Jadi jika bencana melanda, maka kita perlu berfikir bagaimana jika kita yang dilanda musyibah sedemikian rupa. Maka itu, perlulah ada perasaan seperti kata pepatah "cubit paha kanan, paha kiri pun sakit". "Yang berat sama dipikul, yang ringan sama di jinjing".

Pemuda dan belia Kg Belum Baru yang diketuai oleh Wan Mohd Zamri atau lebih dikenali Cher Kg Belum Baru dan Fudin pula bertungkus lumus mengerah keringat dari pagi sampai ke tengah malam bergotong royong membersihkan lumpur dalam rumah mangsa.
Negara kita aman dan maju jaya kerana diurus tadbir dengan baik. Bila bencana melanda kita tidak perlu bantuan asing dan sebagainya. Cuma koordinisasi yang baik sahaja yang diperlukan. Selain itu pertolongan dan derma datang mencurah.


                      

 
 
                                                                                                                                  
                                                                         
 Anak-anak buah Pak Ali- Guru Silat gayung Tg Rambai bersama dengan anggota 
polis da anggota JPAM setelah selesai menabur bakti di kampung Belum Baru

Gambar-gambar diatas dipaparkan bagi menunjukkan bahawa  berbagai pihak dan pemimpin terlibat dalam gotong royong membersihkan kawasan bencana dan memberikan pertolongan

Tidak perlu kita menyalahkan atau mencari kesalahan mana-mana pihak. Tetapi kita mesti juga muhasabah diri mengapa terjadi demikian. Mencari jalan agar kita dapat mengurang risikonya masa depan. Jika ada yang kekurangan, maka kita perlu bersedia dari sekarang untuk mengatasinya kerana malang datangnya tidak berbau.

Sikap perihatin yang ditunjukkan oleh sukarelawan membantu membersihkan kawasan bencana menunjukkan masyarakat kita adalah satu masyarakt perihatin.

Pada 13 Mac 2012 satu gerakan gotomg royong pembersihan secara besar-besaran dilancarkan di Kg Malau. Peserta terdiri dari Pegawai dan Anggota Polis Daerah Gerik dan Lenggong, Jabatan Pertahanan Awam dan MBD Gerik. Anggota berkenaan diagih-agihkan mengikut keperluan tempat bencana.

Terima kasih kepada semua yang terlibat.



Friday, March 16, 2012

BANJIR DI KAMPUNG BELUM BARU - SEMUA USAHA MEMBAIK PULIH SEDANG @ SUDAH DILAKSANAKAN


  
Kerja kerja membaiki pulih jalan yang terhakis 
dipermukaan jambatan Kampung Belum Baru
sedang dijalankan oleh kontraktor yang dilantik

Pada 15 Mac 2012, hari kelima selepas banjir besar melanda, Kg Belum Baru di datangi sekumpulan anggota tentera yang di ketuai oleh seorang berpangkat major. Mereka membuat tinjauan bagi menentukan tahap kerosakan rumah untuk di baik pulih oleh mereka.

Seterusnya, mengikut maklumat dari ketua kampung dan pengerusi JKKK Tn Hj Mat Narun bahawa pada hari ini juga beliau telah mengagihkan 5 kg beras kepada setiap keluarga mangsa banjir hasil sumbangan dari pihak yang perihatin dan bersimpati dengan mangsa. 

Pada hari ini kerja-kerja membaik pulih jalan yang terhakis dipermukaan jambatan kampung Belum Baru di laksanakan oleh pihak berwajib melalui kontrakor yang dilantik.

Inilah dia dinamakan membantu rakyat pada keseluruhannya. Betapa kejinya perbuatan sebuat parti politik pembangkang yang masuk ke kampung Belum Baru. Kononnya membantu mangsa banjir tetapi menyampaikannya hanya kepada yang terpilih sahaja. MEREKA HANYA MEMBANTU MANGSA YANG MENJADI PENYOKONG PARTI MEREKA  SAHAJAInikah yang dinamakan kemanusiaan?. Inikah yang dinamakan perjuangan Islam?.

Mereka berkata bahawa itulah sahaja yang mereka mampu. Ok, kita terima alasan mereka kerana derma atau sumbangan tidak dipaksa atau memaksa. Ianya sukarela. Tetapi jika hanya memilih penyokong mereka sahaja itu bermakna mereka sebenarnya zalim. Walaupun beras itu segenggam sahaja, maka carilah jalan agar semua yang menjadi mangsa menerimanya tanpa mengambil kira fahaman politik.

Pihak JKKK dan pemimpin politik UMNO/BN tidak pernah bertanya sokongan parti mangsa bencana semasa menyampaikan sumbangan. Semuanya rakyat Malaysia dan mereka semuanya manusia yang patut dibantu.


TELEFON CELULAR PUN IKUT TERPUTUS SEMASA BANJIR



Diatas puncak bukit berhampiran pekan Lawin terpacak satu menara pemancar kegunaan dua buah syarikat gergasi perkhidmatan telefon celular. Pada tengah malam 9 Mac 2012,... dimalam yang gelap gelita, tidak sampai 500 meter dari situ, seorang bekas komando tentera bergadai nyawa berenang menyeberangi sungai yang sedang menderu laju. 

Bah besar sudah menenggelami beberapa buah rumah termasuk rumahnya. Telefon celularnya tiba-tiba sahaja tidak berfungsi kerana tiada "line" sedangkan itulah sahaja alat pergantungan untuk meminta bantuan. Lalu dia mengambil keputusan nekad berenang untuk meminta bantuan "disebelah sana sungai". Namun apabila tiba "di seberang sana sungai", baru dia tahu bahawa nasib disana juga sama dengan di tempatnya. Memikirkan keselamatan keluarganya, lalu dia berenang kembali. Satu situasi yang amat mencemaskan yang dapat dielakkankan jika telefon celularnya berfungsi pada masa itu.

Kita boleh menerima keadaan dimana terputus bekalan api letrik, bekalan air paip dan telefon kabel (telekom) kerana semuanya melalui talian, atau paip atau kabel yang boleh terputus jika dilanda banjir. Tetapi yang menghairankan.. "telefon celular yang dipancar melalui udara pun ikut terputus". Jika pihak yang berkenaan mahu memberi alasan, saya sudah sedia maklum bahawa pihak yang berkenaan akan memberi 1,001 jawapan untuk menjustifikasikan kelemahan perkhidmatan mereka tersebut.

Saya cuma ingin mengingatkan mereka  bahawa mereka bertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan yang efisyen sesuai dengan teknologi semasa. Bukannya mengambil jalan mudah dalam menyediakan perkhidmatan telefon celular dengan menggunakan cara lama iaitu menggunakan bekalan letrik TNB 100% dan meminjam kabel TM untuk menjimatkan kos. Mereka sepatutnya ada backup electric generator dan tidak sepatutnya bergantung kepada kabel telekom.

Jika pemberi perkhimatan telefon celular tidak bergantung dengan pihak lain 100%, sudah tentu kejadian "terputus serentak"  "telefon celular" tidak akan terjadi. Sekurang-kurangnya magsa banjir atau lain-lain mangsa yang terdesak atau berada dalam situasi kecemasan ditempat terpencil boleh meminta bantuan dengan memberi lokasi/kedudukan mereka kepada pihak penyelamat.

Kita bukan menghina atau meburuk-burukkan mana-mana pihak. Tetapi jika perkara ini tidak di ketengahkan, maka ada pihak yang masih tidak sedar akan kelemahan mereka.

Nampaknya peristiwa "kesukaran perhubungan" semasa insiden Al Maunah di Kg Jenalik Sauk dalam Daerah Kula kangsar sedekad yang lalu tidak banyak memberi pengajaran kepada operator perkhidmatan telefon celular. Tidak ada tindakan pro aktif melainkan "sudah terantuk baru tengadah".

Tuesday, March 13, 2012

HARI KE EMPAT SELEPAS BANJIR DI KG BELUM BARU

Pada sebelah petang hari ke empat selepas kejadian banjir besar melanda mukim Kenering
                                                    
Kawasan bencana didatangi pula oleh beberapa organisasi sukarela dan dan agensi kerajaan menghulurkan bantuan berupa kerja-kerja gotong royong membersihkan sisa sampah sarap akibat dari banjir besar. Mereka yang datang  adalah sekumpulan terdiri dari 30 orang belia MBD Gerik, 12 orang anggota dan pegawai dari JPAM dan 48 orang Pegawai dan anggota dari IPD Gerik dan Lenggong. Sebelum bergerak ke kawasan medan bencana mereka berkumpul terlebih dahulu di perkarangan masji Malau untuk sesi taklimat dan pembahagian tugas. Timbalan KPD Gerik - Tuan Wan Jamil turut menyertai program gotong royong ini.

Seramai 18 orang MBB Gerik, 4 Orang anggota JPAM dan 12 orang anggota Polis di tugaskan menjalankan kerja-kerja sukarela di Kampong Belum Baru. Berikut adalah beberapa lagi rakaman gambar yang sempat dirakamkan di Kampung Belum Baru.
Belia MDB Gerik, anggota Polis dan anggota JPAM sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan bencana di kampong Belum Baru.                  



Tuan Pegawai Daerah Gerik sampai membuat tinjauan sedang mendengar taklimat dari S/Usaha JKKK Kg Belum Baru En Ghazali Bin Hj Mohamed


YDH Toh Shahbandar Ulu YB Dato' Haji Mohd Tarmizi Bin Haji Idris - Adun Kenering datang lagi melawat dan membuat tinjauan bersama dengan Tuan Pegawai Daerah Gerik.


Setelah bertungkus lumus membantu membersihkan beberapa buah  rumah di Kg Malau,  Ketua Polis Balai Gerik - C/Insp Zaharin sempat juga datang meninjau kawasan bencana di Kg Belum Baru
Petugas sukarelawan bergambar kenang-kenangan bersama S/U JKKK Kg Belum Baru sebelum berlepas pulang.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT.





Monday, March 12, 2012

HARI KE TIGA SELEPAS BANJIR DI KG BELUM BARU

 
Gambar penyerahan dapur gas oleh En Irwan kepada 
salah seorang mangsa yang sempat dirakamkan

Hari ke tiga – 12 Mac 2012 selepas kampong Belum Baru dan sekitarnya dilanda banjir besar. Berbagai pihak dan agensi kerajaan silih berganti datang meninjau dan memberikan bantuan. Pada sebelah tengahari, sekali lagi En Irwan Zulkifli - ketua Pemuda UMNO Bahagian Lenggong merangkap EXCO Pemuda UMNO Malaysia datang ke Kampung Belum Baru. Kali ini kedatangan beliau adalah menyampaikan set dapur gas bagi mangsa-mangsa yang mana dapur mereka samada hilang atau rosak akibat banjir.

Pada sebelah paginya, pihak JKR Gerik menyediakan lori untuk mengangkut sampah sarap, perabut dan barangan lain yang telah musnah yang dibuang oleh mangsa banjir. Di samping itu pihak JKR juga membuat tinjauan kerosakan jambatan untuk persediaan kerja-kerja membaik pulih.
                                                   

Pn Ramlah Bt Yasin. Seorang warga 
emas sedang menerima sumbangan 

Beberapa gambar yang sempat di rakamkan semasa penyerahan bantuan dari JKM Hulu Perak bertempat di perkarangan masjid Nur Al-Huda Kg Belum Baru

Seterusnya pada jam lebih kurang 6.00 petang, seramai 7 orang kakitangan  Jabatan Kebajikan Masyarakat Hulu Perak yang diketuai oleh Cik Farah Rusilah menyampaikan bantuan pelbagai keperluan harian kepada 36 orang mangsa banjir kampong Belum Baru. Terima kasih JKM Hulu Perak.

Sesungguhnya keperihatinan yang ditunjukkan oleh berbagai agensi dan pertubuhan yang silih berganti datang meyampaikan bantuan membuktikan bahawa pihak berwajib sentiasa mampu membantu rakyat pada masa yang diperlukan. Ini juga membuktikan bahawa Negara Malaysia telah diurustadbir dengan baik sehingga mampu membantu rakyat disaat-saat rakyat memerlukan bantuan.