Inilah
dua dua keping gambar di halaman rumah dan jambatan Belum Baru yang sempat di
rakamkan oleh Ketua kampong, merangkap Pengerusi JKKK kampong Belum Baru pada waktu puncak banjir melanda iaitu pada lebih kurang jam 1.00 pagi10 Mac 2012.
Kelihatan air Sungai Kenering telah naik mendadak hingga mengatasi paras
jambatan Belum Baru dan halaman rumah beliau telah menjadi alur sungai yang
deras. Menjadi satu keajaiban juga bahawa jambatan Kampong Belum Baru tidak
runtuh walaupun teruk dilanda kelajuan air yang disertai dengan bebarapa batang
balak, dahan kayu dan sampah sarap. Namun demikian pada keesokan harinya bila
banjir surut, didapati jambatan Kampung Belum Baru mengalami sedikit pergerakan
struktur manakala dikedua-dua permukaan jambatan terhakis teruk.
11
Mac 2012 jam lebih kurang 4.00 petang, hari ke dua selepas kampong Belum Baru dilanda banjir besar, Ketua pemuda UMNO
Lenggong merangkap EXCO pemuda UMNO Malaysia En Irwan Bin Zulkifli, sampai kesekian kalinya melakukan
lawatan tinjauan ke kampong Belum Baru untuk mengetahui keadaan terkini mangsa banjir. Beliau sedang berusaha bagi memberikan bantuan
yang mana difikirkan perlu bagi meringankan beban kesusahan yang dialami oleh mangsa banjir. Beliau turut
melawat beberapa buah rumah yang terlibat.
Pada hari pertama kejadian banjir melanda iaitu pada 10 Mac 2012 Ydh Toh Shahbandar Ulu YB Dato' Haji Mohd Tarmizi Bin Haji Idris - Adun Kenering telah sampai melawat kampong Belum Baru bersama dengan Tuan Wan Jamil - Timbalan Ketua Polis Daerah Gerik meninjau keadaan disamping memberikan bantuan keperluan penyediakan makanan untuk mangsa banjir. Pada hari ini, 11 Mac 2012 lebih kurang jam 4.00 petang, Pak Tok tampil sekali lagi di kampong Belum Baru. Lawatan beliau pada kali ini adalah menyampaikan pula bungkusan bahan makanan mentah seperti beras, gula dan wang tunai untuk keperluan kecemasan sebanyak RM100.00 kepada setiap keluarga yang manjadi mangsa banjir. Beliau menerangkan bahawa ianya adalah sebagai bantuan permulaan. Begitulah perihatinnya pemimpin terhadap nasib rakyat yang ditimpa kesusahan.
Pak Tok sempat melawat ke beberapa rumah
penduduk yang dilanda banjir bagi meninjau sendiri akan kerosakan dan kerugian
yang dialami oleh rakyat.
Seorang
AJKKK Kampong Belum Baru, Pn Chik Yah, mewakili Pak Tok menyampaikan
bantuan kepada mangsa banjir yang uzur yang diterima oleh anaknya Aminah
(gambar kanan). Pak Tok tidak sempat menyampaikan sendiri kerana
kesuntukan masa. Pak Tok bergegas pula meninjau ke kawasan/kampung yang lain bagi misi yang sama.
Pada jam lebih kurang 6.00 petang
pula, satu rombongan sembilan orang dari Majlis Belia Gerik dan Ipoh serta dari
Institut Darul Redzuan yang diketuai oleh Cikgu Suhaimi Hayani - Pengerusi
belia daerah Gerik sampai ke kampong Belum Baru menyampaikan bantuan makanan.
Betapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Beginilah keadaanya diantara beberapa buah rumah yang dilanda banjir yang boleh disamakan dengan banjir kilat. Sebelum ini, belum pernah dalam sejarah 58 tahun pembukaan Kampung Belum Baru, banjir yang sedemikian hebat melanda. Mereka hanya sempat menyelamatkan nyawa sendiri dan keluarga sahaja.
Bagi Puan Latifah, suaminya En Shamsuddn dan anak-anak, pemergian mereka ke Kuala Lumpur telah menyebabkan hanya pada hari kedua sahaja baru mereka dapat menyaksikan sendiri akan kemusnahan harta benda dan sebahagian kerosakan rumah mereka.
No comments:
Post a Comment