waktu tengah malam sewaktu puncak banjir.
Kelihatan beberapa barang kepunyaan
penduduk yang tenggelam
(Harap maaf kerana mutu gambar yg tidak memuaskan)
Pada pagi 10 Mac 2012, Pemuda dan belia Kg Belum
Baru bertungkus lumus membantu membersihkan rumah
penduduk yang dimasuki atau ditenggelami air semasa
banjir melanda. Mereka melaksanakan tugas sukarela ini
dari rumah ke rumah yang terlibat hingga semuanya selesai.
BANJIR TERBURUK MELANDA KG BELUM BARU
Segala-galanya bermula apabila hampir seminggu
berturut-turut kawasan Mukim Kenering dan kawasan Hulu Perak dilanda hujan
seolah-olah musim tengkujuh melanda kembali. Tetapi hujan lebat dua hari
sebelumnya telah mencatatkan satu sejarah baru bagi Kg Belum Baru yang terletak
dalam mukim Kenering.
Sejak berpindah dan membuka kampong Belum Baru pada tahun
1953, banjir yang melanda kampong Belum Baru bermula pada jam 11 malam 9 Mac
2012 dan berakhir pada pagi 10 Mac 2012 adalah merupakan banjir yang paling
besar dan buruk melanda kampong ini.
Air sungai telah naik hampir 30 kaki dan melimpahi tebing menyebabkan 34 buah rumah di kampong Belum Baru yang didirikan dalam jarak 100
meter dari sungai samada ditenggelami atau dinaiki air. 22 buah daripadanya
mengalami kerugian yang agak tinggi samada mengalami kerosakan serta kehilangan
harta benda dan juga kerosakan kepada struktur rumah.
Dari maklumat yang diterima, kemusnahan yang teruk juga
melanda Kg Tg Kasau, Kg Padang Jeri, Kg Lawin dan kampong Malau. Beberapa buah
rumah dan kereta terus lenyap di hanyut banjir.
Yang lebih menyedihkan, kampong Belum Baru bukan setakat
dilanda banjir tetapi turut dilanda terputus bekalan air bersih, bekalan letrik
dan perhubungan telefon (cellular dan juga talian tetap) secara serentak.
Tindakan cepat pihak berkuasa seperti pejabat Daerah, Wakil
Rakyat (ADUN dan Ahli Parlimen), Penghulu Mukim, Bomba dan polis telah membantu
mengurangkan risiko kehilangan nyawa penduduk.
Di kampong belum Baru, walaupun tidak ada pusat pemindahan
didirikan tetapi pihak JKKK, Jawatankuasa Masjid, Pemuda UMNO, Belia, KRT, RELA
dan pelbagai pertubuhan wanita telah bergabung melaksanakan beberapa tugas
seperti berikut:-
-
Pemuda melaksanakan pertolongan membantu dan
membersihkan rumah yang di landa banjir.
-
Kaum Ibu dengan kerjasama JKKK, Jawatankuasa
Masjid dan lain-lain menjalankan kerja-kerja memasak dan penyediaan makanan
kepada mangsa/keluarga dan petugas yang menjalankan kerja-kerja bantuan.
Pihak Parlimen Lenggong, ADUN Kenering dan Pemuda UMNO , melalui
ketua pemudanya telah menyalurkan bantuan kewangan bagi keperluan bahan makanan
untuk dimasak.
Namun demikian terdapat beberapa kelemahan yang perlu diberi
perhatian oleh pihak berkuasa seperti berikut:-
-
Lori tangki bekalan air bersih dari LAP mestilah
lebih proaktif membekalkan air kepada mangsa dan kampong yang terlibat.
-
Perhubungan telefon cellular (H/P) untuk meminta
bantuan kecemasan tidak sepatutnya ikut terputus khidmat perhubungan memandangkan
ianya “sepatutnya” di salur melalui udara dan bukan melalui kabel yang mungkin
terjejas akibat banjir.
Terima kasih kepada pihak bomba kerana meminjamkan pengepam
air bagi kerja-kerja membersih rumah yang dilanda banjir.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat membantu penduduk kampung yang dilanda bencana banjir.
No comments:
Post a Comment