Pada sebelah petang hari ke empat selepas kejadian banjir besar melanda mukim Kenering
Seramai 18 orang MBB Gerik, 4 Orang anggota JPAM dan 12 orang anggota Polis di tugaskan menjalankan kerja-kerja sukarela di Kampong Belum Baru. Berikut adalah beberapa lagi rakaman gambar yang sempat dirakamkan di Kampung Belum Baru.
Tuan Pegawai Daerah Gerik sampai membuat tinjauan sedang mendengar taklimat dari S/Usaha JKKK Kg Belum Baru En Ghazali Bin Hj Mohamed
YDH Toh Shahbandar Ulu YB Dato' Haji Mohd Tarmizi Bin Haji Idris - Adun Kenering datang lagi melawat dan membuat tinjauan bersama dengan Tuan Pegawai Daerah Gerik.
Setelah bertungkus lumus membantu membersihkan beberapa buah rumah di Kg Malau, Ketua Polis Balai Gerik - C/Insp Zaharin sempat juga datang meninjau kawasan bencana di Kg Belum Baru
Petugas sukarelawan bergambar kenang-kenangan bersama S/U JKKK Kg Belum Baru sebelum berlepas pulang.
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT.
No comments:
Post a Comment