Gambar penyerahan dapur gas oleh En Irwan kepada
salah seorang mangsa yang sempat dirakamkan
Hari ke tiga – 12 Mac 2012 selepas kampong Belum Baru dan
sekitarnya dilanda banjir besar. Berbagai pihak dan agensi kerajaan silih
berganti datang meninjau dan memberikan bantuan. Pada sebelah tengahari, sekali
lagi En Irwan Zulkifli - ketua Pemuda UMNO Bahagian Lenggong merangkap EXCO
Pemuda UMNO Malaysia datang ke Kampung Belum Baru. Kali ini kedatangan beliau
adalah menyampaikan set dapur gas bagi mangsa-mangsa yang mana dapur mereka
samada hilang atau rosak akibat banjir.
Pada sebelah paginya, pihak JKR Gerik menyediakan lori untuk
mengangkut sampah sarap, perabut dan barangan lain yang telah musnah yang
dibuang oleh mangsa banjir. Di samping itu pihak JKR juga membuat tinjauan
kerosakan jambatan untuk persediaan kerja-kerja membaik pulih.
emas sedang menerima sumbangan
Beberapa gambar yang sempat di rakamkan semasa penyerahan bantuan dari JKM Hulu Perak bertempat di perkarangan masjid Nur Al-Huda Kg Belum Baru
Seterusnya pada jam lebih kurang 6.00 petang, seramai 7
orang kakitangan Jabatan Kebajikan
Masyarakat Hulu Perak yang diketuai oleh Cik Farah Rusilah menyampaikan
bantuan pelbagai keperluan harian kepada 36 orang mangsa banjir kampong Belum Baru. Terima kasih JKM Hulu Perak.
Sesungguhnya keperihatinan yang ditunjukkan oleh berbagai
agensi dan pertubuhan yang silih berganti datang meyampaikan bantuan
membuktikan bahawa pihak berwajib sentiasa mampu membantu rakyat pada masa yang
diperlukan. Ini juga membuktikan bahawa Negara Malaysia telah diurustadbir
dengan baik sehingga mampu membantu rakyat disaat-saat rakyat memerlukan
bantuan.
No comments:
Post a Comment