warisanlembahbelum - KAMPUNG BELUM BARU
"Bangsa yang maju adalah bangsa yang mengenali sejarah bangsanya" - Panglima Lembah Belum
Saturday, September 1, 2012
Tuesday, April 17, 2012
JKKK KG BELUM BARU SESI TAHUN 2012
AHLI JAWATANKUASA KEMAJIAN DAN
KESELAMATAN KAMPUNG
KAMPUNG BELUM BARU MUKIM KENERING
GERIK PERAK – TAHUN 2012
BIL
|
NAMA
|
KAD PENGENALAN
|
JAWATAN
|
1
|
HJ MAT NARUN BIN HJ MOHAMED
|
590416-08-6075
|
PENGERUSI
|
2
|
EN MOHD GHAZALI BIN HJ MOHAMED
|
551024-08-6365
|
SETIAUSAHA
|
3
|
HJ MOHD NAJIB BIN HJ MOHAMAD
|
540318-08-5930
|
BENDAHARI
|
4
|
EN MOHD BAKRI BIN HJ SULAIMAN
|
570121-08-6555
|
AJK
|
5
|
TN. SYED DAUD BIN SYED IBRAHIM
|
570120-08-6297
|
AJK
|
6
|
EN MOHD AZMAN BIN WACHIK
|
700902-08-6251
|
AJK
|
7
|
EN WAN MOHD ZAMRI BIN BIDIN
|
741002-08-7391
|
AJK
|
8
|
EN MOHD NOOR BIN HJ SUDIN
|
581031-08-5827
|
AJK
|
9
|
EN MOHD FAIZUL BIN HJ HASSAN
|
790910-08-5269
|
AJK
|
10
|
EN MOHD NOOR BIN CHE HAK
|
590517-08-6429
|
AJK
|
11
|
EN ROSLI BIN ANI
|
700105-08-7083
|
AJK
|
12
|
EN ROSLI BIN DOLAH
|
650208-08-5061
|
AJK
|
13
|
PN FADZILAH BINTI HJ MOHAMED
|
770515-08-7100
|
AJK
|
14
|
HJH HABESAH BINTI HJ SALLEH
|
560408-02-5128
|
AJK
|
15
|
PN AMINAH BINTI MAT RAHIM
|
610910-08-5786
|
AJK
|
Monday, March 19, 2012
BENCANA BANJIR BESAR DI KG BELUM BARU - KENANGAN SEPINTAS LALU
Setiap bala yang datang dari Allah mempunyai hikmah disebaliknya. Bila kita diuji mungkin pada masa itulah kita boleh lihat siapa sebenarnya diri kita. Ramai pendapat mengatakan bila bala mendatang itu adalah hukuman dari Allah. Tetapi pada hakikatnya yang sebenar ianya adalah ujian Allah terhadap iman seseorang. Bukannya hukuman.
Bila banjir melanda kampung Belum Baru pada tangah malam 9 Mac 2012 dan surut pada pagi 10 Mac 2012, ramai rumah penduduk ditenggelami air bah (banjir). Maka penghuninya sudah tentu dilanda trauma. Mereka kehilangan banyak benda berharga. Rumah yang mereka bina mengalami kerosakan akibat dilanda arus yang deras. Peralatan rumah dan peralatan letrik yang dibeli sedikit demi sedikit sejak bertahun lalu musnah sekelip mata.
Mereka tiada masa lagi untuk berfikir bagaimana mahu menyediakan makanan. Bahkan alat memasak dan keperluan makanan dapur turut musnah.
Namun demikian, perihatin sesama Islam dan saudara mara segera menjelma. Pihak berwajib dan wakil rakyat pula bertali arus sampai menyampaikan bantuan.
Tanpa di suruh, tanpa di arah, maka berkumpullah sekumpulan sukarelawan terdiri dari wanita dan lelaki Kg belum Baru segera ke dapur masjid Nut Al-Huda Kg Belum baru menubuhkan satu pasukan memasak menyediakan makanan untuk mangsa banjir. Jasa mereka tidak sebesar mana tetapi cukup untuk melegakan keazaban dan kepayahan keluarga yang ditimpa malang.
Begitulah pusingan hidup didunia ini. Hari ini hari mereka di timpa malang. Akan datang mungkin giliran kita pula. Jadi jika bencana melanda, maka kita perlu berfikir bagaimana jika kita yang dilanda musyibah sedemikian rupa. Maka itu, perlulah ada perasaan seperti kata pepatah "cubit paha kanan, paha kiri pun sakit". "Yang berat sama dipikul, yang ringan sama di jinjing".
Pemuda dan belia Kg Belum Baru yang diketuai oleh Wan Mohd Zamri atau lebih dikenali Cher Kg Belum Baru dan Fudin pula bertungkus lumus mengerah keringat dari pagi sampai ke tengah malam bergotong royong membersihkan lumpur dalam rumah mangsa.
Negara kita aman dan maju jaya kerana diurus tadbir dengan baik. Bila bencana melanda kita tidak perlu bantuan asing dan sebagainya. Cuma koordinisasi yang baik sahaja yang diperlukan. Selain itu pertolongan dan derma datang mencurah.
Gambar-gambar diatas dipaparkan bagi menunjukkan bahawa berbagai pihak dan pemimpin terlibat dalam gotong royong membersihkan kawasan bencana dan memberikan pertolongan
Tidak perlu kita menyalahkan atau mencari kesalahan mana-mana pihak. Tetapi kita mesti juga muhasabah diri mengapa terjadi demikian. Mencari jalan agar kita dapat mengurang risikonya masa depan. Jika ada yang kekurangan, maka kita perlu bersedia dari sekarang untuk mengatasinya kerana malang datangnya tidak berbau.
Sikap perihatin yang ditunjukkan oleh sukarelawan membantu membersihkan kawasan bencana menunjukkan masyarakat kita adalah satu masyarakt perihatin.
Pada 13 Mac 2012 satu gerakan gotomg royong pembersihan secara besar-besaran dilancarkan di Kg Malau. Peserta terdiri dari Pegawai dan Anggota Polis Daerah Gerik dan Lenggong, Jabatan Pertahanan Awam dan MBD Gerik. Anggota berkenaan diagih-agihkan mengikut keperluan tempat bencana.
Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Anak-anak buah Pak Ali- Guru Silat gayung Tg Rambai bersama dengan anggota
polis da anggota JPAM setelah selesai menabur bakti di kampung Belum Baru
Tidak perlu kita menyalahkan atau mencari kesalahan mana-mana pihak. Tetapi kita mesti juga muhasabah diri mengapa terjadi demikian. Mencari jalan agar kita dapat mengurang risikonya masa depan. Jika ada yang kekurangan, maka kita perlu bersedia dari sekarang untuk mengatasinya kerana malang datangnya tidak berbau.
Sikap perihatin yang ditunjukkan oleh sukarelawan membantu membersihkan kawasan bencana menunjukkan masyarakat kita adalah satu masyarakt perihatin.
Pada 13 Mac 2012 satu gerakan gotomg royong pembersihan secara besar-besaran dilancarkan di Kg Malau. Peserta terdiri dari Pegawai dan Anggota Polis Daerah Gerik dan Lenggong, Jabatan Pertahanan Awam dan MBD Gerik. Anggota berkenaan diagih-agihkan mengikut keperluan tempat bencana.
Terima kasih kepada semua yang terlibat.
Friday, March 16, 2012
BANJIR DI KAMPUNG BELUM BARU - SEMUA USAHA MEMBAIK PULIH SEDANG @ SUDAH DILAKSANAKAN
Kerja kerja membaiki pulih jalan yang terhakis
dipermukaan jambatan Kampung Belum Baru
sedang dijalankan oleh kontraktor yang dilantik
Pada 15 Mac 2012, hari kelima selepas banjir besar melanda, Kg Belum Baru di datangi sekumpulan anggota tentera yang di ketuai oleh seorang berpangkat major. Mereka membuat tinjauan bagi menentukan tahap kerosakan rumah untuk di baik pulih oleh mereka.
Seterusnya, mengikut maklumat dari ketua kampung dan pengerusi JKKK Tn Hj Mat Narun bahawa pada hari ini juga beliau telah mengagihkan 5 kg beras kepada setiap keluarga mangsa banjir hasil sumbangan dari pihak yang perihatin dan bersimpati dengan mangsa.
Pada hari ini kerja-kerja membaik pulih jalan yang terhakis dipermukaan jambatan kampung Belum Baru di laksanakan oleh pihak berwajib melalui kontrakor yang dilantik.
Inilah dia dinamakan membantu rakyat pada keseluruhannya. Betapa kejinya perbuatan sebuat parti politik pembangkang yang masuk ke kampung Belum Baru. Kononnya membantu mangsa banjir tetapi menyampaikannya hanya kepada yang terpilih sahaja. MEREKA HANYA MEMBANTU MANGSA YANG MENJADI PENYOKONG PARTI MEREKA SAHAJA. Inikah yang dinamakan kemanusiaan?. Inikah yang dinamakan perjuangan Islam?.
Mereka berkata bahawa itulah sahaja yang mereka mampu. Ok, kita terima alasan mereka kerana derma atau sumbangan tidak dipaksa atau memaksa. Ianya sukarela. Tetapi jika hanya memilih penyokong mereka sahaja itu bermakna mereka sebenarnya zalim. Walaupun beras itu segenggam sahaja, maka carilah jalan agar semua yang menjadi mangsa menerimanya tanpa mengambil kira fahaman politik.
Pihak JKKK dan pemimpin politik UMNO/BN tidak pernah bertanya sokongan parti mangsa bencana semasa menyampaikan sumbangan. Semuanya rakyat Malaysia dan mereka semuanya manusia yang patut dibantu.
TELEFON CELULAR PUN IKUT TERPUTUS SEMASA BANJIR
Diatas puncak bukit berhampiran pekan Lawin terpacak satu menara pemancar kegunaan dua buah syarikat gergasi perkhidmatan telefon celular. Pada tengah malam 9 Mac 2012,... dimalam yang gelap gelita, tidak sampai 500 meter dari situ, seorang bekas komando tentera bergadai nyawa berenang menyeberangi sungai yang sedang menderu laju.
Bah besar sudah menenggelami beberapa buah rumah termasuk rumahnya. Telefon celularnya tiba-tiba sahaja tidak berfungsi kerana tiada "line" sedangkan itulah sahaja alat pergantungan untuk meminta bantuan. Lalu dia mengambil keputusan nekad berenang untuk meminta bantuan "disebelah sana sungai". Namun apabila tiba "di seberang sana sungai", baru dia tahu bahawa nasib disana juga sama dengan di tempatnya. Memikirkan keselamatan keluarganya, lalu dia berenang kembali. Satu situasi yang amat mencemaskan yang dapat dielakkankan jika telefon celularnya berfungsi pada masa itu.
Kita boleh menerima keadaan dimana terputus bekalan
api letrik, bekalan air paip dan telefon kabel (telekom) kerana semuanya
melalui talian, atau paip atau kabel yang boleh terputus jika dilanda
banjir. Tetapi yang menghairankan.. "telefon celular yang dipancar
melalui udara pun ikut terputus". Jika pihak yang berkenaan mahu memberi
alasan, saya sudah sedia maklum bahawa pihak yang berkenaan akan
memberi 1,001 jawapan untuk menjustifikasikan kelemahan perkhidmatan
mereka tersebut.
Saya cuma ingin mengingatkan mereka
bahawa mereka bertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan yang
efisyen sesuai dengan teknologi semasa. Bukannya mengambil jalan mudah
dalam menyediakan perkhidmatan telefon celular dengan menggunakan cara
lama iaitu menggunakan bekalan letrik TNB 100% dan meminjam kabel TM
untuk menjimatkan kos. Mereka sepatutnya ada backup electric generator
dan tidak sepatutnya bergantung kepada kabel telekom.
Kita bukan menghina atau meburuk-burukkan mana-mana pihak. Tetapi jika perkara ini tidak di ketengahkan, maka ada pihak yang masih tidak sedar akan kelemahan mereka.
Nampaknya peristiwa "kesukaran perhubungan" semasa insiden Al Maunah di Kg Jenalik Sauk dalam Daerah Kula kangsar sedekad yang lalu tidak banyak memberi pengajaran kepada operator perkhidmatan telefon celular. Tidak ada tindakan pro aktif melainkan "sudah terantuk baru tengadah".
Tuesday, March 13, 2012
HARI KE EMPAT SELEPAS BANJIR DI KG BELUM BARU
Pada sebelah petang hari ke empat selepas kejadian banjir besar melanda mukim Kenering
Kawasan bencana didatangi pula oleh beberapa organisasi sukarela dan dan agensi kerajaan menghulurkan bantuan berupa kerja-kerja gotong royong membersihkan sisa sampah sarap akibat dari banjir besar. Mereka yang datang adalah sekumpulan terdiri dari 30 orang belia MBD Gerik, 12 orang anggota dan pegawai dari JPAM dan 48 orang Pegawai dan anggota dari IPD Gerik dan Lenggong. Sebelum bergerak ke kawasan medan bencana mereka berkumpul terlebih dahulu di perkarangan masji Malau untuk sesi taklimat dan pembahagian tugas. Timbalan KPD Gerik - Tuan Wan Jamil turut menyertai program gotong royong ini.
Seramai 18 orang MBB Gerik, 4 Orang anggota JPAM dan 12 orang anggota Polis di tugaskan menjalankan kerja-kerja sukarela di Kampong Belum Baru. Berikut adalah beberapa lagi rakaman gambar yang sempat dirakamkan di Kampung Belum Baru.
Tuan Pegawai Daerah Gerik sampai membuat tinjauan sedang mendengar taklimat dari S/Usaha JKKK Kg Belum Baru En Ghazali Bin Hj Mohamed
YDH Toh Shahbandar Ulu YB Dato' Haji Mohd Tarmizi Bin Haji Idris - Adun Kenering datang lagi melawat dan membuat tinjauan bersama dengan Tuan Pegawai Daerah Gerik.
Setelah bertungkus lumus membantu membersihkan beberapa buah rumah di Kg Malau, Ketua Polis Balai Gerik - C/Insp Zaharin sempat juga datang meninjau kawasan bencana di Kg Belum Baru
Petugas sukarelawan bergambar kenang-kenangan bersama S/U JKKK Kg Belum Baru sebelum berlepas pulang.
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT.
Monday, March 12, 2012
HARI KE TIGA SELEPAS BANJIR DI KG BELUM BARU
Gambar penyerahan dapur gas oleh En Irwan kepada
salah seorang mangsa yang sempat dirakamkan
Hari ke tiga – 12 Mac 2012 selepas kampong Belum Baru dan
sekitarnya dilanda banjir besar. Berbagai pihak dan agensi kerajaan silih
berganti datang meninjau dan memberikan bantuan. Pada sebelah tengahari, sekali
lagi En Irwan Zulkifli - ketua Pemuda UMNO Bahagian Lenggong merangkap EXCO
Pemuda UMNO Malaysia datang ke Kampung Belum Baru. Kali ini kedatangan beliau
adalah menyampaikan set dapur gas bagi mangsa-mangsa yang mana dapur mereka
samada hilang atau rosak akibat banjir.
Pada sebelah paginya, pihak JKR Gerik menyediakan lori untuk
mengangkut sampah sarap, perabut dan barangan lain yang telah musnah yang
dibuang oleh mangsa banjir. Di samping itu pihak JKR juga membuat tinjauan
kerosakan jambatan untuk persediaan kerja-kerja membaik pulih.
emas sedang menerima sumbangan
Beberapa gambar yang sempat di rakamkan semasa penyerahan bantuan dari JKM Hulu Perak bertempat di perkarangan masjid Nur Al-Huda Kg Belum Baru
Seterusnya pada jam lebih kurang 6.00 petang, seramai 7
orang kakitangan Jabatan Kebajikan
Masyarakat Hulu Perak yang diketuai oleh Cik Farah Rusilah menyampaikan
bantuan pelbagai keperluan harian kepada 36 orang mangsa banjir kampong Belum Baru. Terima kasih JKM Hulu Perak.
Sesungguhnya keperihatinan yang ditunjukkan oleh berbagai
agensi dan pertubuhan yang silih berganti datang meyampaikan bantuan
membuktikan bahawa pihak berwajib sentiasa mampu membantu rakyat pada masa yang
diperlukan. Ini juga membuktikan bahawa Negara Malaysia telah diurustadbir
dengan baik sehingga mampu membantu rakyat disaat-saat rakyat memerlukan
bantuan.
Subscribe to:
Posts (Atom)