Saturday, May 28, 2011

SENI SILAT PULUT DI KG BELUM BARU

 
Gendang silat petani adalah merupakan satu kesenian utama dalam pesta tahunan dan majlis perkahwinan di Kg Belum Lama di Lembah Belum. Pada tahun 1952 penduduk Kg Belum Lama telah dipindahkan dan membuka Kg Belum Baru di Mukim Kenering Gerik pada tahun 1953. Orang-orang muda yang berpindah masa itu membawa bersama seni warisan gendang silat patani tersebut. Namun sayang sekali, pada masa ini setelah generasi tersebut meningkat tua, seni ini semakin menghilang dari Kg Belum Baru.
 
Pada 28 Mei 2011, sempena dengan perkahwinan cucunya, Hj Mohamed Bin Awang Kechik (Pak Teh) yang merupakan salah seorang pemuda yang ikut berpindah dari KG Belum Lama pada tahun 1952 dahulu merasakan semacam satu tarikan nostalgia mengenang kembali kegemilangan seni gendang silat di Kg Belum Lama yang ditinggalkan hampir 60 tahun dahulu.
 
Kini beliau telah berusia 85 tahun. Untuk memenuhi hajatnya, beliau telah menjemput satu pasokan Gendang Silat yang bernama Kumpulan Gendang Silat Seri Wangi Kg Pelang Gerik yang diketuai oleh Wan Misai, membuat persembahan dimajlis perkahwinan cucunya. Ketua kumpulan gendang silat tersebut mempunyai talian persaudaraan dengan Pak Teh.
 
Dalam persembahannya, sebagai menghormati Pak Teh, Wan Misai telah menjemput Pak Teh untuk berpasangan dengannya mempersembahkan seni silat pulut di hadapan pengantin. Walaupun sudah berumur 85 tahun, namun senitari silat tersebut masih tersimpan utuh disanubari Hj Mohamed dan di zahirkan semasa persembahan tersebut. Semoga warisan Melayu tetap kekal di Tanah Air ini.

Saturday, May 21, 2011

LAWATAN KERJA PENGARAH JKR NEGERI PERAK KE KG BELUM BARU



LAWATAN KERJA PENGARAH JKR NEGERI PERAK KE KG BELUM BARU

Pada jam 0300 petang 20 Mie 2011, Pengarah JKR Negeri Perak, Ybhg Dato Safri dan Tim KP Perak Ybhg Dato Zakaria serta rombongan sampai ke Kampung Belum Baru membuat lawatan kerja selama satu jam. Turut mengiringi lawatan adalah Pegawai Trafik Gerik C/Insp Zamzuri, pegawai kakitangan JKR negeri dan daerah , pagawai dan anggota polis IPK  Perak dan IPD Grik. Pengerusi JKKK merangkap ketua Kg Belum Baru Tn Hj Mat Narun dengan di iringi bekas ketua kampong  Hj Mat Karim menyambut ketibaan rombongan.
Tujuan lawatan ini adalah berikutan aduan JKKK dan penduduk Kg Belum Baru berkenaan kerosakan jalan dalam kampong dan jambatan utama kg  Belum Baru yang semakin uzur dan membahayakan penduduk/pengguna. Taklimat dari pihak JKKK di sampaikan oleh setiausaha JKKK En Mohd Ghazali.
Hasil dari lawatan, tinjauan dan taklimat keputusan berikut telah dibuat oleh Ybhg Dato Pengarah JKR:-
-          Beliau mengesahkan bahawa jambatan utama Kg Belum Baru perlu di bina baru dalam kadar segera  kerana jambatan Bradley yang sedia ada sudah terlalu uzur dan membahayakan pengguna. Secara peribadi beliau akan memberi keutamaan untuk diketengahkan isu jambatan ini  bagi mendapat kelulusan pembinaannya dalam kadar segera.
           Beliau mengesahkan bahawa jalan utama dalam kampong jalan jalan pertanian di beberapa lokasi amat memerlukan pembaikan , selenggaraan dan binaan semula. Beliau memberi jaminan dan kelulusan bahawa pembinaan, selengaraan dan binaan  jalan-jalan ini akan dilakanakan dalam masa terdekat.
Pengerusi dan AJKKK serta pendudu Kg Belum  Baru amat berterima kasih kepada Ybhg Dato Pengarah JKR negeri Perak dan Juga Ybhg Dato Tim KP Negeri Perak yang begitu perihatin terhadap aduan rakyat.
Rombongan berlepas pulan jam 0400 petang.

Wednesday, May 11, 2011

PENGINTIPAN /SIASATAN MOHD TAIB HINGGA MENYEBABKAN TERPAKSA BERPINDAN

SEBAHAGIAN DARI RINTITAN SEJARAH DIRIKU DAN PENYIASATAN AYAHKU TERHADAP OPERASI MENGHAPUSKAN KOMUNIS
                                                          
Allahyarha Mohd Taib

AKU DENGAN AYAHKU

Aku menamatkan alam persekolahan aku pada tahun 1967 dengan kelulusan SPM gred 3. Pada pertengahan tahun 1968 aku mula memikirkan bahawa aku perlu keluar dari kampung. Padaku kampungku tidak lagi begitu bermakna kerana  ada beberapa insiden yang membuatkan aku merasa sangat kecewa. Salah satu darinya adalah keputusan SPM aku yang amat tidak memuaskan diriku.

Langkahku yang pertama adalah ke Kota Baru. Aku berusaha untuk mendalami bahasa Inggeris. Aku memasuki sebuah sekolah Inggeris swasta  iaitu sekolah menengah Islah di jalan Pengkalan Chepa. Namun pelajaranku terbantut  dan berakhir sebelum cuti persekolahan hujung tahun 1968 kerana masalah kewangan. Aku balik ke kampung sekejap mencari sumber kewangan. Pada awal bulan Januari 1969 aku membawa diri ke Trengganu. Sehingga sekarang aku sendiripun tidak tahu mengapa aku berpergian begitu sahaja sedangkan kelulusan gred 3 SPM tahun 1967 bukanlah buruk sangat. Ketua-ketua jabatan dan lepasan pusat pengajian dalam tahun-tahun 80’an dan 90’an  ramai yang berkelulusan seperti aku.

Namun aku pergi jua dengan membawa perasaan sendiri yang sukar hendak aku jelaskan. Permohonanku pada tahun 1968 untuk jawatan yang memerlukan kelulusan darjah 6 sahaja diterima majikan semasa aku di Trengganu. Pada bulan Mei 1969 aku mula bekerja secara tetap dengan sebuah agensi kerajaan dengan gaji yang tak seberapa di Kuala Lumpur.

Pada tahun 1971 semasa aku  bertugas di Sarawak, pertama kali ayahku mengutus surat kepadaku dan meminta supaya aku balik ke Gerik Perak kerana dia telah menemui jodoh yang sesuai untukku disana. Aku terping-pinga..jauhnya ayahku mencari jodohku. Dari Kelantan hingga ke Perak. Masa itu Jalan Raya Timur Barat belum di bina lagi. Dalam surat berikutnya dia menyatakan bahawa dia sekarang sudah berpindah ke Gerik bersama ibu tiriku (isteri muda bapaku).

Bila aku balik ke Kuala Lumpur dari Sarawak beberapa bulan selepas itu, aku tidak terus balik ke rumah ayahku di Perak. Selama hampir setahun kemudian barulah aku balik. Aku bimbang jika aku balik awal, maka aku akan terpaksa berkahwin sedangkan aku belum bersedia dari segi kewangan. Pada akhir tahun 1972 barulah aku pulang menemui ayahku di Gerik. Dan seperti aku jangkakan bahawa perkahwinan aku telah ditetapkan pada bulan-bulan awal  tahun 1973. Dan bila aku melihat rupa paras dan budi pekerti bakal isteriku, menyesal aku tidak berusaha balik lebih awal. Nasib baik tidak disambar jejaka lain….

Aku bertanya ayahku mengapa pindah ke Gerik. Berikut ini adalah sejarah penceritaannya kepadaku mengapa dia berpindah ke Gerik meninggalkan kampung halaman di Kelantan. Dia meminta aku agar jangan mendedahkannya melainkan untuk pengetahuan ku sahaja…….

Kini aku telah melanggar amanat ayahku..maafkanku ayahku..aku sangat menyanjungi ketabahanmu berkhidmat untuk Negara sehingga terpaksa meninggalkan kampung halaman. Aku menulis disini sebagai tanda ingatan, kasih sayang dan terima kasihku terhadap pengorbanan mu kepada keluarga dan Negara.


KISAH PENYIASATAN OLEH MOHD TAIB

Tanpa pengetahuaanku dan adik beradikku, rupa-rupanya ayahku masih menyambung khidmat baktinya kepada Negara bermula dari zaman Jepun dahulu lagi. Dia terlalu kerap masuk hutan kononnya pergi berburu. Tetapi tugas sebenarnya adalah masuk ke hutan menjejak komunis dan menemui orang hubungannya yang memberi maklumat  pergerakan komunis. Banyak operasi ketenteraan di kawasan Batu Melintang dan jajahan Jeli mendapat kejayaan besar adalah hasil dari daya usaha pengintipan ayahku.

Sebagai samaran, pihak keselamatan (polis) bila ayahku diperlukan untuk tugas atau lapuran, mereka membuat scenario yang ayahku ditahan atas alasan memburu secara haram, menjadi talibarut komunis dan bermacam-macam lagi. Pernah satu ketika adikku yang bernama Khalik hampir mengamuk dan memberontak kerana menyangkakan bahawa ayahku benar-benar diiniaya sebegitu rupa oleh polis. Insiden tersebut dapat ditenteramkam oleh ayahku.

Di pertengahan tahun 1970 (lebih kurang) ayahku mendapat maklumat bahawa ada pergerakan komuni di daerah Berdang Jeli. Pada masa itu Kg Berdang ini terletak agak jauh ke pendalaman dan hanya mempunyai beberapa buah rumah sahaja. Jika ayahku tiba-tiba sahaja muncul di kawasan tersebut tanpa sebab, sudah tentu kehadirannya akan disyaki walaupun orang kampung biasa.

Lalu beliau membeli sebuah L/Rover buruk dan memperbaikinya sehingga boleh digunakan. Alibinya adalah sebagai pengedar dan penjual barang-barang runcit seperti beras, ikan masin, budu, gula, kopi dan lain-lain keperluan dapur. Beliau juga sedia mengangkut padi bendang atau padi bukit yang sudah dikeringkan untuk dimesen menjadi beras disebuah kilang mesen padi di Jeli.

Tempahan untuk khidmat ayahku oleh seorang penduduk Berdang membuka peluang ayahku untuk masuk ke sana tanpa di syakki. Dia mula menghantar barang runcit dan mengangkut padi dari Berdang untuk di mesenkan di Jeli. Keluar masuk ayahku ke Berdang mula membuahkan hasil.

Ayahku dapati sejak kebelaknganni, tempahan bekalan runcit seperti sadin dalam tin, kopi, susu, gula malah penghantaran padi ke kilang agak bertambah secara mendadak. Andaian ayahku bahawa jika tidak kerana untuk kenduri, tentulah agak ramai pendatang luar telah datang ke Berdang memandangkan tempahan barang runcit yang banyak dan kekerapan tempahannya yang agak luar biasa pula.

Sebagai seorang yang berpengalaman, dia tidak terburu-buru dalam siasatannya. Dia teruskan juga dengan penghantaran yang banyak itu seperti biasa.

Hinggalah akhirnya dia mendapat tempahan agar datang ke Berdang dalam tempoh seminggu lagi kerana ada banyak padi untuk diangkut kekilang. Ayakku katakan bahawa kalau setakat tiga empat guni dia boleh bawa sekaligus pada masa itu sahaja. Tetapi dengan putar belit ayahku akhirnya tanpa disengajakan, orang kampong Berdang tersebut menyatakan bahawa dia perlukan masa lebih kurang seminggu untuk menuai, memisahkan padi dari tangkai (Perkataan Kelantan menghirit) dan mengeringkannya. Manakala jumlah padi tersebut agak banyak dan perlu diangkut  dalam beberapa trip perjalanan. Ayahku meneruskan soalan tubinya dengan mempersoalkan bahawa kalau luas sangat kawasan padinya masa seminggu takkan mencukupi untuk menuai dan memproses padi tersebut. Lalu terpancul lagi maklumat yang diperlukan oleh ayahku. Orang kampung tersebut menyatakan bahawa agak ramai orang dari luar yang mengusahakan ladang padi bukit yang dimaksudkan. Dijangkakan seramai 30/40 orang semuanya. Jadinya padi yang sudah masak tersebut tidak menjadi masalah. Ianya boleh dituai dan diproses dalam tempoh seminggu sahaja.

Sepanjang penugasannya, ayahku sentiasa berhubung dengan seorang pegawai cawangan khas yang mengendalikan kes ini bagi melapurkan perkembangan siasatannya dari masa kesemasa . Lapuran awal menyatakan, sejak beberapa bulan yang lalu,  segerombolan  pengganas komunis bersenjata sedang bergerak di kawasan Jeli. Ayahku diminta untuk mendapatkan maklumat tersebut seberapa banyak yang boleh.

Akhirnya, dengan hasil siasatan dan maklumat ayahku yang cukup lengkap, pasukan keselamatan telah  menyerang hendap komunis yang sedang menuai dan memprose padi di satu kawasan Bukit di Kg Berdang Jeli. 4 orang pengganas terbunuh dan beberapa orang tercedera serta berjaya ditangkap. Salah satu kejayaan besar pasukan keselamatan membanteras pengganas komunis di kawasan Jeli pada masa itu.

Kejayaan pasukan keselamatan ini menjadi berita besar. Pergerakan ayahku sebelum serangan terhadap komunis tersebut mula dihidu oleh penduduk setempat menyebabkan keselamatan ayahku menjadi terancam. Pihak cawangan khas menawarkan agar ayahku berpindah ke KL dengan biayaan kerajaan. Ayahku menolak dengan alasan dia tidak dapat  mencari pekerjaan untuk menyara hidup keluarga kerana kos sara hidup disana amat mahal. Jadi ayakku memilih untuk berpindah ke Gerik dimana beliau ada kenalan lama dan saudara di sana.

Perpindahan ayahku ke Gerik adalah di sekitar akhir tahun 1970. Rupa-rupanya perpindahan ayahku ke Gerik dirancangkan dengan begitu teliti oleh pihak Cawangan Khas. Selain mengelakkan ayahku berhadapan dengan ancaman tempatan di Kelantan, ayahku diberikan pula tugas untuk menjejaki dan merisik kedudukan pengganas disekitar Hulu Perak. Aku tidak tahu setakat mana sumbangan bakti arwah ayahku di Hulu Perak. Tetapi aku pernah bertemu seorang pegawai tinggi cawangan khas di Perak. Tuan Hashim (juga kini telah meninggal dunia)  adalah pegawai yang bertanggungjawab menyelia tugasan ayahku di Hulu Perak. Allahyarham pernah menyatakan kepadaku bahawa banyak kejayaan besar operasi membanteras pergerakan pengganas komunis disumbangkan oleh ayahku dan rakan-rakannya.

Aku tidak dapat memberikan tarikh yang tepat pengalaman hidup ayahku kerana sukar untuk mendapatkan bahan rujukan. Manakala pengkisahan oleh ayahku pula adalah berdasarkan ingatannya yang agak baik pada masa situ. Selain dari tarikh, pengkisahannya yang amat teliti dan terperinci serta berkesinambungan. Pengkisahannya telah menolong aku memberikan gambaran jelas penceritaannya kepada diriku untuk diceritakan semula. Aku pula walaupun tidak mencatitkannya, namun aku dapat rasakan bahawa ianya suaranya bagaikan terngiang-ngiang lagi ditelingaku menceritakan kepadaku satu persatu pengalamannya. Sebahagian dari rekod perceritaannya sudah pasti ada dalam simpanan Polis Diraja Malaysia. Tetapi ianya adalah dokumen berperingkat yang tidak membenarkannya disebarkan kepada rakyat umum.

Alfatihah untuk Allahyarham Mohd Taib Bin Mat Jusoh.

Monday, May 2, 2011

PENGKESAHAN POLIS SEMPENA HARI POLIS KE 203

Tiga clip video dibawah adalah pengkisahan polis oleh En Zahari bin Mat Taib sebagai memenuhi jemputan untuk satu slot program pada malam perayaan memperingati hari polis ke 203 pada 26 Mac 2010 di dataran malam bandar Gerik. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memberikan gambaran kepada generasi baru betapa peritnya perjuangan anggota yang terdahulu dalam menjalankan tugas mempertahankan negara. Juga untuk menyedarkan masyarakat betapa perlunya masyarakat semua kaum mempertahan keamanan negara yang sedia ada.





KISAH MOHD TAIB MENDAPAT KEPERCAYAAN TENTERA JEPUN


Kisah pertemuan Pegawai tentera Jepun dengan Mohd Taib.

Sebaik sahaja tentera Jepun sampai di kampung Kalai Kelantan, beberapa orang kampung yang agak muda dan gagah telah di kerah paksa oleh tentera Jepun membawa bekalan makanan yang di rampas ke kem mereka. Terlupa pula lokasi kem seperti yang pernah di ceritakan oleh ayahku. Kemungkinan di kawasan Kampung Kalai juga atau ke kawasan lombong emas di satu tempat yang di namakan "Lecha" (sempadan Malaysia/Thailand). Salah seorang yang terlibat dalam kerahan tersebut adalah ayahku.

Tugas ayahku ialah menggalas guni gula. Agak berat juga. Ini telah menaikkan kemarahan ayahku tetapi terpaksa akur di muncung rifle dan benet tentera Jepun.

Ayahku berjalan agak di hadapan sedikit dari jajaran penduduk yang menjadi kuli paksa Jepun. Memikirkan tentera Jepun tak nampak akan dirinya, ayahku menebuk sedikit guni gula tersebut dan gula mula keluar dari guni ayahku sedikit demi sedikit. Dalam kata lain guni gula ayahku menjadi semakin ringan kerana gula tersebut keluar berterabur di atas trek jalan yang mereka lalui.

Ayahku sedikit cuai dalam hal ini. Tentera Jepun yang eskot dan mengekori di belakang ternampak gula berterabur di sepanjang trek jalan yang di lalui. Salah seorang tentera Jepun tersebut berlari ke hadapan dan mendapati bahawa gula tersebut berpunca dari guni yang di galas ayahku. Jepun juga perasan bahawa carikan guni gula telah di sengajakan oleh ayahku. Apa lagi satu penampar Jepun melayang ke arah muka ayahku.

Tapi ayahku memang ada sedikit ilmu persilatan. Senang sahaja dia menepis penampar Jepun tersebut. Lalu dia menghunus golok di pinggang dan mengacukannya kepada tentera Jepun tersebut. Tentera Jepun cuba menghalakan muncung senapangnya kepada ayahku tetapi pada masa yang sama golok ayahku juga sudah hampir dengan badan tentera Jepun. Kedua-duanya tergamam dan terkaku di kedudukan masing-masing sehinggalah seorang pegawai Jepun tiba. Nasib baik ayahku tidak terus di tembak kerana melawan Jepun

Pegawai tentera Jepun tersebut memarahi ayahku dengan pelat Jepunnya kononnya ayahku handak lawan tentera Jepun "apa ra!..mau lawan niponka!...." antara ayat Jepun yang pernah ayahku ceritakan kepadaku. Hukumannya adalah pancung atau di tembak. Ayahku jelaskan bahawa beliau bukan nak lawan Jepun tetapi maruahnya tercemar kerana sebagai ketua kampung Jepun patut memberi sedikit penghormatan. Dengan demikian rakyat juga akan ikut hormat dan patuh kepada Jepun.

Alasan ayahku agak diterima oleh pegawai Jepun tadi dan ayahku di bawa ke hadapan pegawai yang lebih tinggi di sebuah padang di kampung Kalai (kem besar). Bila bertemu sahaja, pegawai tinggi Jepun tersebut amat gembira kerana telah mengenali ayahku sebagai kawannya. Ayahku mengenali pegawai tentera Jepun tersebut sebagai tukang Jahit manakala pegawai tentera Jepun pula tahu bahawa ayahku adalah ketua kampung (tok penghulu) seperti yang diceritan dahulu dan mereka saling percaya mempercayai.

Akhirnya pegawai tentera Jepun tersebut mengarahkan semua tenteranya yang ada berkawad di tengah padang dan lintas hormat di hadapan ayahku. Mereka semua di arahkan supaya mengecam dan hormat ayahku di mana-mana sahaja mereka berjumpa. Mana-mana yang engkar akan di hukum.

Itulah bermulanya episod ayahku mempunyai sedikit kuasa untuk memberi sedikit perlindungan kepada penduduk kampung dari kezaliman tentera Jepun. Namun tentera Jepun hanya patuh semasa kehadiran ayahku sahaja. Jadi sibuklah ayahku kesana kemari membantu penduduk yang kena buli oleh tentera Jepun.

Ada juga penduduk kampung yang dipaksa minum air sabun dan gangguan ke atas wanita. Tetapi tidaklah seteruk seperti di tempat lain kerana kehadiran ayahku menyebabkan tentera Jepun bertempiaran lari kerana takut kena hukum oleh ketua mereka.

LAGU UNTUK IBU

LAGU UNTUK IBU


Terlebih dahulu saya memohon maaf kepada Penyanyi, pencipta, pengubah dan pengeluar lagu ini dimana saya telah merakam dan mengedit dengan memasukkan sigment video bagi menjadikan sebuah video clip untuk simpanan keluarga. Saya sangat menghargai akan keindahan senikata dan muzik lagu ini yang menyentuh perasaan bagi menggambarkan dan menghargai betapa besarnya jasa ibu kepada seorang insan yang dilahirkan ke dunia. Saya tidak tahu siapa sebenarnya penyanyi, penggubah dan poencipta lagu ini. Saya dengan ini memohon izin kepada pihak yang berkenaan.

TIADA SEBARANG WANG RINGGIT DAN HARTA DAPAT MEMBALAS JASA SEORANG IBU MELAINKAN BALASAN KASIH SAYANG DAN PERHATIAN SEPENUHNYA OLEH ANAK KEPADA IBUNYA

AQIM & QISTINA IN CONCERT - KELETAH CUCU



Clip video diatas dimuat naik sebagai satu collection keluarga untuk tatapan masa kesunyian dan masa depan. Betapa saat-saat manis dan kebahagian adalah datangnya dari hasil didikan yang sempurna. Bakat keberanian mereka perlu di garap dan diasah dari kecil ladi agar mereka berani berhadapan dengan masyarakat dengan ketrampilan yang menyakinkan.

HARI PERPISAHAN KELUARGA ANGKAT UPSI 22 MEI 2010

HARI PERPISAHAN KELUARGA ANGKAT UPSI 22 MEI 2010

Walaupun berkampung hanya 5 hari sahaja bersama keluarga angkat masing-masing dalam Program Baktisiswa Perdana UPSI 2010, namun perasaan kekeluargaan telah agak menebal antara anak-anak dengan keluarga angkat. Tautan kasih antara keluarga angkat dan anak-angkat ini dapat disaksikan di hari perpisahan dalam video diatas.

Jikalau Jauh Sudah Berlari
Jangan Lupa Berhenti Sekejap
Walaupun jauh Membawa Diri
Hubungan Keluarga Mesti Digilap


Dalam riang ada sedihnya
Dalam senyum ada tangisnya
Walau bertaut hanya selembar
Walau tersimpul hanya seutas
Didada ada keikhlasan
Di sanubari ada kenangan
Semoga debu tidak dihembus lalu
Semoga kiambang tetap bertaut

HARI PERASMIAN PENYERAHAN KELUARGA ANGKAT UPSI 22 MEI 2010

HARI PERASMIAN PENYERAHAN KELUARGA ANGKAT UPSI 22 MEI 2010

Hari perasmian dan penyerahan anak angkat kepada keluarga angkat dalam Program BAKTISISWA PERDANA UPSI TAHUN 2010 di tiga buah kampung iaitu kampung Belum Baru, Kampung Air Jada dan Kampung Belum Baru.

KISAH PENGEMBARAAN EW BIRCH KE LEMBAH BELUM PADA TAHUN 1909

KISAH PENGEMBARAAN EW BIRCH KE LEMBAH BELUM PADA TAHUN 1909


Oleh: Zahari Bin Mat Taib Tarikh 12 Feb 2010
Pendahuluan

Kisah pengembaraan EW Birch ke Lembah Belum pada tahun 1909 adalah sebuah kisah pengembaraan benar catatan EW Birch sendiri. Kisah ini dipetik dari sebuah artikal dalam jurnal ‘Striats Branch Of The Royal Asiatic Society No 54 1910’. EW Birch adalah seorang pegawai British yang pada masa tersebut memegang jawatan Pegawai Daerah Di Hulu Perak
Kisah pengembaraan ini di ketengahkan di laman web ini bagi tujuan seperti berikut:-
1. Bagi peminat pengembara yang teruja dengan kisah-kisah pengembaraan.
2. Bagi mengekalkan warisan Lembah Belum sebagai tempat asal penduduk Kampung Belum Baru sekarang ini.
3. Sebagai satu sumber rujukan generasi akan datang terutamanya keturunan Melayu yang berasal dari perkampungan lama di Lembah Belum.
4. Memberi gambaran sebenar asal usul perkuburan, tali air dan bendang yang terdapat di hutan pendalaman Lembah Belum di Hulu Sungai Perak.

Selamat membaca.

Pengenalan
Dalam artikal (jurnal) di Striats Branch Of The Royal Asiatic Society No 54 1910, salah seorang pengembara telah menulis tiga buah rencana pengembaraan ke kawasan pendalaman Hulu Perak iaitu Sempadan Perak Thailand (Pengkalan Hulu sekarang), dan ke Lembah Belum. Tiga rencana catatan pengembaraanya adalah seperti berikut:-
My Trip To Belum - Muka surat 117
My visit To Klian Intan - Muka surat 137
The Taking Over From Siam Or Part Of Reman Or Rahman - Muka surat 147
Hanya bahagian ‘My Trip To Belum’ sahaja yang dimuatkan disini.
Antara kenamaan British yang ikut serta dalam pengembaraan ini adalah Hubert Berkeley.
Kebanyakan jalan-jalan yang pernah dilalui oleh EW Birch dalam pengembaraannya dulu kini telah ditenggelami air dari tasik Empangan Temengor dan tasik Empangan Bersia. Namun demikian kita masih boleh dapat mengikuti jejak pengembaraan sebenar EW Birch dari tempat yang di namakan Kuala Kejar (Tunggul Buruk) hingga ke hulu Sungai Perak ke distinasi yang dimaksudkan beliau iaitu perkampungan “BELUM”.
Kawasan yang masih kekal wujud tidak banyak bezanya seperti yang di gambarkan oleh EW Birch pada tahu 1909. Dengan sedikit igiminasi dan seterunya melancung ke kawasan tersebut selepas membaca kisah pengembaraan ini, maka pengembara akan rasa teruja, kagum dan terpikat dengan alam semulajadinya. Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata tetapi datanglah sendiri. Dapatkan jurupandu dari kampung Belum Baru.

PENGEMBARAAN

Rombongan bergajah ke Hulu Sungai Perak iaitu ke Perkampungan Belum di Lembah Belum.

Kami berlepas dari Gerik ke Lembah Belum pada hari Isnin 26 Julai 1909. Rombongan kami terdiri dari Hubert Berkeley, J.W. Simmons, Yang Berhormat Dato’ Sri Adika raja I.S.O, (Orang Besar jajahan Hulu Perak) dan saya sendiri EW Birch C.M.G.

Gambar hiasan: Spesis gajah asia seperti yang digunakan dalam pengembaraan EW Birch pada tahun 1909

Sebagai pengangkutan, kami mempunya 21 ekor gajah untuk membawa barang dan peralatan. Salah seekor darinya di percayai paling besar dan tertinggi sekali dalam negeri Perak pada masa tersebut. Dinamakan Bogek, mempunyai ketinggian 9 kaki 4.25 inci di bahagian kaki depan hingga ke bahu. Tuan punya gajah in adalah Dato’ Wan Man, Ketua Kampung Belum iaitu kampung yang menjadi distinasi kami. Beliau telah turun ke Gerik dari Kampung Belum untuk berjumpa saya dan seterusnya menjadi jurupandu kami untuk ke Lembah Belum.

Pengembaraan kami bermula dengan berjalan kaki sejauh 8 batu menuju ke kampung Bersia dan bermalam di sana. Gajah-gajah kami mengambil masa 7 jam untuk sampai. Dalam keadaan jalan yang baik, gajah boleh bergerak dengan kelajuan 2 batu sejam purata. Tetapi dengan keadaan jalan yang berlumpur dalam, berbukit, mengharungi sungai dan halangan pokok tumbang, ianya telah memperlahankan pergerakan gajah-gajah tersebut. Sebelum Kampung Bersia, kami terlebih dahulu melalui Kuala Sungai Rui pada jam 12.45 tengah hari. Kami menyaksikan bagaimana Sungai Rui yang berlumpur itu mengalirkan airnya yang berkeladak memasuki dan mencemari Sungai Perak yang cantik dan jernih. Keladak lumpur ini datang dari kegiatan perlombongan di hulu sungai tersebut.


Sehingga kini perjalanan kami telah merentasi kawasan hutan pokok-pokok buluh dan menyeberangi beberapa anak sungai yang sederhana besarnya.

Kampung Bersia adalah merupakan sebuah kampung kecil yang terpencil dengan penduduknya seramai 64 orang terdiri dari berbagai peringkat umur dan jantina. Tempat tinggal mereka diperbuat dari buluh dengan keadaan yang sungguh menyedihkan. Ketagihan menghisap candu di kalangan orang Melayu keturunan Patani di sini menjadi faktor hilangnya keupayaan dan kegigihan mereka untuk bertani dan mengusahakan ladang. Sebahagian besar dari mereka mendapatkan hasil dari hutan semulajadi sebagai mata pencarian.

Hanya terdapat sedikit kawasan sawah padi di Bendariang yang diusahakan iaitu di kawasan yang menghala ke Gerik dan sebahagian lagi akan disalirkan air pada tahun hadapan.

Kebanyakan penduduknya menghidapi sejenis penyakit ‘Bengok’ iaitu penyakit bengkak di bahagian liang liur di sebelah kiri dan kanan leher. Kami akhirnya mendapati penyakit ini menjadi lebih ketara lagi di bahagian pendalaman dalam pengembaraan kami seterusnya. Dato’ Sri Adika Raja menerangkan kepada kami bahawa penyakit ‘Bengok’ ini sudah menjadi fenomena biasa di kawasan pendalaman negeri-negeri di Tanah Melayu terutamanya di kawasan yang berhampiran dengan kawasan berbukit dan pergunungan. Diperecayai penyakit ini berpuncan dari air yang mereka minum. Mereka percaya bahawa air yang mereka minum tersebut telah dicemari racun dari sejenis akar pokok yang tidak dikenali yang tumbuh menjulur ke dalam air di hulu sungai.

Pada 27 Julai 1909, jam 0730 pagi, kami berlepas dari Bersia dan tiba di Kuala Temengor pada jam 2.50 petang. Pemandangan sungai di kawasan ini sungguh indah sekali. Kami seterusnya menyusuri mudik Sungai Temengor dan berkhemah di Dusun Memalik pada jam 3.30 petang.

Sungai Temengor lebih lebar dan mempunyai aliran air yang lebih banyak dari sungai Batang Padang di Tapah. Sebaik sahaja tiba di Dusun Memalik, beberapa orang kami telah terserempak dengan harimau di atas lorong jalan. Namun begitu harimau tersebut tidak datang dekat dengan perkhemahan. Mungkin harimau tersebut terkejut atau telah di halau oleh gajah-gajah kami. Di sini salah seorang dari tukang masak keturunan Cina kami diserang demam yang agak teruk juga. Kami lepaskan dia balik ke Kuala Kendrong di Gerik dengan menaiki rakit. Dia adalah merupakan seorang penagih candu.

Bila kami bangun pada keesokan harinya iaitu 28 Julai 1909, didapati hujan sedang turun. Kami berlepas dari Dusun Memalik pada jam 8.30 pagi. Saya dan Berkeley berlepas ke Brusong sejauh 1.5 batu dari perkemahan kami di Dusun Memalik. Kami terpaksa menunggu ketibaan rombongan gajah-gajah kami yang terpaksa melintasi Genting Temengor dengan jarak perjalanan lebih kurang 9 batu ke kampung Mekong di Temengor. Seterusnya kami menyambung perjalanan kami dengan menaiki gajah tersebut melalui Genting Kelantan. Pada masa itu hujan telahpun berhenti.

Ada beberapa pengalaman yang tidak menyeronokkan bila mengembara dengan menunggang gajah yang terpaksa bergerak perlahan sewaktu hujan. Orang Melayu berkata ada tiga perkara yang perlu dielakkan bila mengembara dengan menunggang gajah;
Kegelapan malam
Semasa hujan
Berhenti atau berkhemah berhampiran dengan ladang penduduk

Kami telah menanggung risiko ini lebih dari sekali sepanjang tempuh pengembaraan kami. Diantaranya kami terpaksa membayar ganti rugi kepada orang kampung kerana gajah-gajah kami telah memakan dan memusnahkan tanaman mereka.

Adalah satu perkara yang sungguh mengkagumkan sekiranya gajah-gajah tersebut tidak mendatangkan kemusnahan yang lebih teruk dari yang telah kami alami.

Biasanya gajah-gajah ini akan direhatkan dan dimandikan bila tiba di satu tempat perkhemahan. Selepas itu gajah-gajah tersebut akan dilepas bebas disatu kawasan tertentu dengan mengheret seutas rantai di kaki. Gembala akan datang mengawasi gajah itu sekali sebelum malam untuk menentukan ianya tidak masuk ke kawasan ladang penduduk kampung berhampiran. Mereka (gembala) akan mencari, mengumpulkan dan mengambilnya semula gajah-gajah tersebut pada keesokan pagi bila hari sudah mula terang. Sekali lagi gajah-gajah tersebut akan dimandikan dan seterusnya di pasangkan ‘Rengka’ (tempat letak barang atau tempat duduk diatas belakang gajah.). Bunyi kertuk (sejenis loceng kayu) yang di gantung di leher gajah dan bunyi patahan pokok buluh akan menjadi penanda arah di mana gajah-gajah tersebut berada pada malam berkenaan. Dan itulah sahaja bunyi yang kedengaran di sebalik kehenian malam di hutan itu.

Sebanyak 34 ekor pacat telah saya buang dari betis saya dalam jarak perjalanan sejauh 1.5 batu ke Brusong. Tetapi itu tidak sehebat mana jika dibandingkan dengan pengalaman yang akan kami tempuhi seterusnya nanti.

Brusong merupakan sebuah tempat yang banyak mengandungi galian logam emas. Pada satu ketika dahulu telah ada kegiatan mencari emas di kawasan ini. Memang tidak dapat dinafikan bahawa emas masih banyak di kawasan itu tetapi kerana kesukaran mendapatkan air, kerja-kerja melombong emas secara komersial tidak dapat dilaksanakan.

Perjalanan kami seterusnya merentasi kawasan hutan yang amat cantik. Terdapat banyak pokok-pokok Merbau bermutu tinggi di kawasan ini. Tidak ada sesiapa menebang pokok-pokok tersebut kerana tidak ada orang yang memerlukannya di sini.

Seterunya kami menyusuri Sungai Perak yang terletak disebelah kiri. Kami bergerak lebih kurang 5 batu dan sampai di Sungai Singor di Kuala Bubong pada jam 5 petang. Kami berkhemah disitu.

Tanpa kami sedari rupanya kami berkhemah di atas sarang semut api. Sangat ditakuti oleh Orang Melayu kerana bisa gigitannya amat menyakitkan. Kami mengatasinya dengan menyapu semut-semut tersebut dan seterusnya menyemburkan kawasan tersebut dengan minyak tanah. Ini membawa kepada semut api tersebut menghilang dari kawasan tersebut.

Sebelum kami tiba diperkhemahan tersebut (perkhemahan Sungai Singor Kuala Bubong) satu inisden yang agak mencemaskan telah berlaku. Bagaimanapun akhirnya adigan cemas tersebut menjadi satu babak melucukan pula.

“Dimana pada masa itu Simmons dan juru lawak yang kami beri gelaran Charlie Chaplin (Haji Mamat) sedang menunggang gajah betina yang diberi nama ‘Mek Mas’. Mengekori rapat di belakang adalah Bogek, gajah jantan yang besar dan tinggi kepunyaan Dato’ Wan Man. Pada masa itu mereka sedang mendaki tebing yang agak curam. Bogek ini sekor gajah yang cepat panas baran. ‘Mek Mas’ pula pada itu mendaki tebing dengan agak perlahan menyebabkan Bogek naik berang. Bogek menyodok punggung Mek Mas dengan gadingnya. Ini menyebabkan Mek Mas kesakitan dan terkejut lalu berpusing dan tergolek lalu gembalanya yang bertubuh kecil bersama dua lagi penumpang yang berada dalam ‘rengka’ jatuh terhumban. Mujurlah tidak berlaku sebarang kecederaan.”

Pada jam 8.00 pagi 29 Julai 1909 kami menyambung perjalanan pengembaraan kami dengan menunggang gajah menghala mudik Sungai Singor merentasi satu kawasan yang pemandangannya sungguh menakjubkan sehinggalah kami tiba di Peneris pada jam 10.00 pagi. Sebaik sahaja kami tiba di sana, tiba-tiba saya terpandang satu poko ara (Ficus) yang amat besar dan sunggu menakjubkan. Saya belum pernah melihat spesis ara yang lebih menarik dari pokok ara ini di tempat lain.

Saya dapati semua penduduk di sini telah meninggalkan perkampungan Peneris dan berpindah ke Banding di Sungai Perak. Sungguh sayang sekali tempat yang sebegini elok dan subur dan telahpun di tanam dengan pokok buah-buahan di tinggalkan kosong
Nun...! di bawah sana terdapat sawah padi tetapi disebabkan tidak ada sistem pengairan yang sempurna, sawah-sawah tersebut terbiar begitu sahaja.
Penempatan ini telah di wujudkan sejak tahun 1904 bagi membendung pembajiran kedatangan orang Legeh (satu daerah di Selatan Thailand sekarang) yang datang ke kawasan itu untuk mencari kayu gaharu. Dengan cara tersebut nampaknya matlamatnya telah tercapai. Pada awal pembukaannya, Berkeley telah membekalkan kepada penduduk di situ dengan biji benih dan ternakan serta mendirikan sebuah rumah rehat dan sekolah.Tetapi pada tahun pertama mereka berladang, belalang telah menyerang dan memusnahkan tanaman padi huma (padi bukit) yang mereka usahakan. Untuk dua atau tiga tahun berikutnya, jelapang padi mereka menjadi kosong. Ini sangat mengecewakan. Mereka telah membuat rancangan untuk berpindah ke arah sempadan iaitu ke Banding. Sekolah juga telah di pindahkan ke sana.
Dari Peneris ke sempadan Kelantan jauhnya lebih kurang 30 batu. Denai laluan atau lorong laluan hutannya agak baik.

Kami meninggalkan Peneris dan Sungai Singor pada jam 10.50 pagi. Denai laluan telah ditumbuhi semak samun kerana lama tidak di lalui. Saya terpaksa menggunakan parang untuk mencantas semak, akar dan ranting. Tenaga saya diperah dengan sepenuhnya untuk membersihkan laluan tersebut. Dalam pada itu, menambahkan lagi azab yang ditanggung, saya telah terpotong sarang penyengat ‘Tebuan’. Hanya kilat sahaja yang boleh mengalahkan kepantasan Tebuan ini. Saya telah menerima 10 sengatan di serata badan. Antaranya di telinga kanan, di tangan kanan dan di kedua-dua belah pergelangan kaki saya. Denyut bisanya akan dirasai dalam beberapa minit dan seterusnya diikuti dengan rasa kebas dan kaku.

Perjalanan diteruskan. Tidak berapa lama kemudian kami menjumpai sebatang pokok kekabu hutan yang amat besar. Ukuran lilitan batangnya menjangkau antara 16 hingga ke 20 kaki dan tingginya pula dianggarkan mencapai sehingga 150 kaki. Ianya merimbun dengan dedaunnya yang menyerupai daun pokok kekabu biasa. Dikatakan bahawa kekabu yang dihasilkan oleh pokok kekabu ini sungguh lembut dan halus. Seterusnya kami tiba dan berkhemah di Sungai Banum pada jam 2.30 petang.
Pada jam 3.00 petang hingga jam 4.00 petang saya dan Burkeley keluar memburu. Kami menunggu “Sira” (tempat air bergaram yang menjadi tumpuan binatang hutan untuk mendapatkan mineral). Namun nasib tidak menyebelahi kami kerana tidak ada binatang yang datang. Mungkin binatang liar takut datang ke sira tersebut kerana bunyi bising dari kertok (loceng kayu) gajah-gajah kami.

....Kami menjumpai satu kesan tapak kaki gajah jantan yang besar dan masih baru lagi!. Tidak lama kemudian kami dapat mendengar pergerakan gajah tersebut.........................

Petang itu beberapa orang dari rombongan kami menjala ikan “kelah” iaitu sejenis ikan air tawar yang cantik dengan rasa yang enak sebagai lauk makan malam kami.
Gambar hiasan: Spesis "ikan kelah merah" atau ikan kelah kantan. Ditangkap apabila ikan tersebut didapati terdampar di air cetek di Hulu Sungai Perak kawasan Kg Belum Lama semasa musim kemarau.
Gambar ini di rakam pada tahun 1985

Pada jam 1.30 pagi (tengah malam) 30 Julai 1909, saya terjaga dari tidur kerana sakit kepala yang berdenyut-denyut. Saya tidak dapat melelapkan mata sampai jam 4.20 pagi sehingga saya di beri minum kopi. Tidak syak lagi saya telah dihinggapi tanda-tanda demam. Jadi saya memakan ubat quinine dan berharap akan cepat sembuh.
Pada jam 7.30 pagi saya dan Simmon meninggalkan perkhemahan dengan di pandu oleh Dato’ Wan man. Kami berjalan kaki sejauh 6 batu menuju ke Kuala Kriong di tepi sungai Perak. Tiba di sana pada jam 10.30 pagi dalam suasana cahaya matahari yang terang. Kami menyeberangi sungai Perak dan memilih sebuah tanjung terdiri dari batu hampar di tepi sungai untuk berihat.

Pacat yang tidak terhingga banyaknya sentiasa sahaja melekat di kaki. Perjalanan kami selalu sahaja tersekat-sekat setiap beberapa ela melangkah untuk membuang pacat-pacat tersebut. Salah seorang tukang masak Cina yang masih berada dalam rombongan kami sentiasa mengekori saya untuk memberi pertolongan membuang pacat-pacat tersebut disepanjang perjalanan.

Pada sebelah tengahharinya, Berkeley dan rombongan tiba dan melapurkan bahawa 3 ekor gajah betina dari rombongan kami telah melarikan diri dengan mengikut gajah jantan liar. Tidak syak lagi bahawa gajan jantan liar tersebutlah yang kami jumpa di ‘Sira Banum’ tempoh hari. Berkeley telah tinggalkan Syed Wahab bersama 3 orang gembala di belakang untuk cuba menangkap gajah-gajah itu kembali.
Tidak berapa lama kemudian Syed Wahab tiba dengan keadaan muka yang pucat. Gajah jantan liar tersebut telah menyerangnya. Dalam usaha melepaskan diri dia telah melepaskan tembakan ke udara untuk menakutkan gajah tersebut. Dia bernasib baik kerana telah terlepas dari bahaya tepat pada masanya dengan berselindung disebalik sebatang kayu tumbang.

Alang Sagor, ketua rombongan gembala bagi gajah-gajah Dato’ Wahab (Penghulu bagi Sungai Raya Kinta) yang dalam keadaan cemas dan kelamkabut akibat serangan gajah tersebut, cuba lari menyelamatkan diri tetapi telah terjatuh dan terhentak di atas sebatang kayu. Dia mengalami retak tulang lengan tangan sebelah kanan diantara pergelangan tangan dan siku. Alang Sagor dan dua lagi gembala tiba bersama dengan Syed Wahab.

Dengan pengetahuan yang ada, Berkeley telah membalut lengan Alang sagor dengan belat yang diperbuat dari buluh. Tetapi dengan permintaan Alang Sagor sendiri, belat itu dibuka semula bagi membolehkan Dato’ Wan Man menyapu ubat yang diperbuat dari buah jadam. Kemudian Berkeley membalut kembali lengan Alang Sagor dengan belat. Kami tinggalkan Alang Sagor bersama seorang lagi gembala bernama Ismail yang demam di sana.

...‘Dua hari kemudiannya iaitu bila kami berjumpa semula di Tapong, Alang sagor menyatakan kecederaannya bertambah baik dan berasa lebih selesa’....
Hujan telan turun dengan lebatnya dari tengah hari hinggalah kami tertidur. Saya sendiri telah tertidur selama sembilan jam. Bila saya terjaga pada jam 5.00 pagi, saya dapati demam saya telah hilang.

Antara tiga ekor gajah betina yang lari tersebut, seekor darinya kepunyaan Dato’ Wahab, seekor lagi kepunyaan Raja Harun dan seekor lagi kepunyaan Dato’ Muda Kinta. Dari Kriong Berkeley telah menghantar 4 orang gembala untuk menangkap kembali gajah-gajah tersebut.

Pada 31 Julai 1909, Simmons, saya, Dato’ Wan Man, tukang masak Cina yang juga sebagai pembantu membuang pacat saya bersama 6 orang lagi anggota rombongan memulakan perjalanan menuju Tapong dengan menunggang gajah untuk menyeberangi Sungai Perak. Kami mula bergerak jam 7.20 pagi.
...dalam perjalanan, tiba di satu tempat..kami terjumpa kesan tapak kaki gajah jantan liar tempoh hari...

Dato’ Wan Man memaklumkan bahawa gajah jantan tersebut telah berpisah dari kumpulan 3 ekor gajah betina kami yang hilang. Kini gajah tersebut telah ikut menyeberangi Sungai Perak dan sedang menuju ke arah 18 ekor gajah rombongan kami yang kini sedang dilepaskan untuk berihat. Salah seorang dari gembala gajah kami yang telah pergi untuk menangkap kembali gajahnya telah bertembung dengan dengan gajah liar tersebut. Dalam usaha menyelamatkan diri dari diserang, dia telah terjatuh dan cedera di belakang tetapi mujurlah tidak parah.
Dato Wan Man percaya bahawa gajah liar tersebut telah mengekori rombongan gajah kami secara tidak disedari dan masih berada di sebelah sini sungai (bersama rombongan kami).

Kami cuba menjejaki kesan tapak kaki gajah besar itu sejauh ½ batu ke arah hulu menyusuri Denai laluan Tapong dan mendapat cukup bukti bahawa gajah tersebut telah berpatah balik menyeberangi sungai Perak. Kami segera berpatah balik berjalan dengan laju dan membisu. Kaki kami dikerumuni pacat yang tidak terhingga banyaknya. Boleh dikatakan semua anggota rombongan kami turut menghadapi masaalah yang sama.

Kami meneruskan perjalanan dan merentasi dua buah ‘Sira’ dan tiba di Perenggan pada jam 10.00 pagi. Ada satu legenda mengenai nama tempat ini:-

“Perenggan bagi penduduk di sini bermakna sempadan. Legenda sempadan yang berusia beratus tahun ini menjadi riwayat dalam cerita Batu Belah Kekabu Hutan Padang Limau Nipis. Konon diceritakan bahawa sempadan yang dimaksudkan adalah tempat yang terletak diantara belahan batu besar dimana tumbuh di situ sebatang pokok kekabu hutan di satu tempat yang dinamakan Padand Limau Nipis. Batunya telah terbelah dua disebabkan terkena tetakan pedang sultan. Tetapi kini pokok kekabu itu telah tiada lagi. Pada masa itu tempat ini di katakan sempadan membahagikan wilayah Patani dengan Negeri Perak. Untuk menentukan bahagian mana kepunyaan negeri berkenaan, ianya berpandukan jelmaan cahaya semasa sultan menetak batu tersebut. Negeri Patani di bahagian jelmaan cahaya kembang merah dan Negeri Perak pula di bahagian jelmaan cahaya kembang putih. Padang Limau Nipis terletak dalam kawasan negeri Perak.”

Setiba kami di Perenggan saya dapati Wan Hussein yang datang sebagai wakil kerajaan Siam telah pun sampai dan berkhemah di sana. Dia datang dari Betong Thailand.Walaubagaimanapun dia tidak berada di perkhemahan itu kerana melawat orang Asli. Jadi Simmons, saya dan rombongan kami meneruskan perjalanan dengan menaiki rakit kecil bergalah ke hulu Sungai Tapong sejauh lebih kurang 1 batu.
Kami dapati kampung Tapong tidak berpenghuni kerana semua penduduknya yang berjumlah 39 orang telah berpindah ke hilir iaitu ke Perenggan.
Dalam pada itu kami telah sampai di satu kawasan pantai sungai berpasir putih bersih dengan disirami cahaya matahari yang memancar. Sungguh mempesonakan.Kami keluarkan dua bungkusan basuhan dan pakaian basah dan menjemurkannya dengan menghampar di atas pasir tersebut. Pada jam 1.30 tengah hari kami dapati semua pakaian yang kami jemur telah kering sepenuhnya. Tidak lama kemudian Berkeley tiba menyertai kami bersama dengan rombongan bergajah kami. Selepas kerja-kerja memasang khemah selesai, gerakan menjala ikan di jalankan. Kami telah merperolehi tangkapan yang agak baik juga.

Pantai pasir tempat kami dirikan khemah ditumbuhi sejenis pokok renek yang dipanggil bayam pasir. Ia berbunga sepanjang masa dengan warna yang cantik dari yang berwarna merah jambu ke warna merah lembayung.

Wan Hussein datang melawat kami dan kami bersembang panjang. Penduduk Kampung Tapong yang dikatakan telah berpindah ke Perenggan, datang ke khemah kami menjual ayam dan buah-buahan. Kami telah meminta mereka membina lima buah rakit bagi kegunaan kami semasa dalam perjalanan “menghilir” balik ke Gerik nanti.
Pada 1 Ogos 2009, kami meninggalkan perkhemahan terbaik kami setakat kini. Kami mula bergerak jam 745 pagi. Kami meyeberangi sungai dan untuk pertama kalinya kami telah tersesat. Gajah kami telah menghala masuk ke kawasan belukar dan kami hilang pandu arah. Kami mengambil masa lebih sejam sebelum menjumpai semula denai laluan yang betul.

Untuk menambahkan lagi keperitan kami, sejenis seranggga kecil penghisap darah yang dikenali dengan nama “Agas” telah membuatkan kami kelamkabut dan meradang. Ianya dari spesis “Rengit”. Tidak ada perkataan yang sesuai untuk ditulis dikertas bagi menggambarkan betapa teruknya “Rengit” ini.
Perjalanan seterusnya telah membawa kami meranduk atau menyeberang sebanyak 6 kali Sungai Perak. Di salah satu lokasi tempat menyeberang sungai tersebut, Berkeley telah menceritakan satu kisah legenda berkenaan kematian “Tok Mekong”:-
Kononnya di riwayatkan

“Tok Mekong (salah satu ketua penduduk – Orang Besar-sebuah jajahan dalam negara Patani) hidup lebih kurang 80 tahun yang lalu. Beliau sangat dikenali ramai sebagai seorang ketua orang Patani yang memiliki banyak ilmu kebatinan. Dia telah di murkai Raja Reman (Raja Negara Petani) kerana sikap beliau yang suka berbaik dan berdamai dengan orang Perak. Raja Reman telah mengutuskan seorang utusan Raja bersama seorang Mualaf Cina dengan tujuan untuk membunuh “Tok Mekong”, Seperti yang dirancangkan, mereka iaitu utusan raja akan bertemu Tok Mekong di satu tempat yang bernama Bruah bagi membolehkan Tok Mekong menerima perintah raja. Setelah bertemu, keduanya turun dari gajah masing-masing. Bila keduanya sedang bersalaman, utusan tersebut menggenggan erat tangan Tok Mekong. Pada masa itulah Mualaf Cina yang dinyatakan tadi serta merta menikam Tok Mekong dari belakang. Bagaimanapun keris yang digunakan oleh Mualaf Cina untuk menikam Tok Mekong tadi telah bengkok dua kerana tidak lut (tidak dapat menusuk kerana Tok Mekong Kebal). Sebagai seorang yang taat kepada raja, dengan peristiwa itu tahulah Tok Mekong bahawa raja ingin menghapuskannya dan mengikut firasatnya ajal beliau telah pun sampai. Tok Mekong berkata kepada Mualaf Cina tadi.. “Tidak ada sebarang senjata yang boleh membunuh aku melainkan aku jampi akan dia (senjata). Tok Mekong lalu merampas keris tersebut dari Mualaf Cina tadi. Tok Mekong menjampi dan meluruskan kembali keris tersebut dengan tangannya. Setelah itu diserahkan kembali kepada Mualaf Cina tadi. Tanpa membuang masa Mualaf tersebut terus menikam Tok Mekong sekali lagi dan Tok Mekong pun menemui ajalnya. Maka tamatlah riwayat satu legenda. Ceritanyanya sungguh menarik tetapi sayangnya Tok Mekong telah menempah ajalnya sendiri. Menurut cerita, Tok Mekong itulah yang dikatakan datuk kepada Tok Mekong yang dikatakan pada satu masa dahulu pernah tinggal di situ (tempat Berkeley bercerita iaitu Bruah).

Pada jam 3.00 petang, kami tiba di Tronoh di mana Wan Hussein dan rombongan telahpun mendirikan khemah mereka di tepi tebing sungai. Kami pula mendirikan khemah kami di atas sebuah pulau berbatu dimana kemuadiannya telah berhadapan dengan satu lagi serangan serangga seni penghisap darah. Diberi nama “Tungau”. Ianya amat kecil sekali. Berwarna merah cair, ia kelihatan berbentuk seakan-akan biji cili api. Ia akan merayap ke seluruh badan dan serta merta membenamkan dirinya dibawah lipatan kulit terutamanya di bahagian yang agak terlindung dan lembut. Sungguh sukar untuk di lihat dan bertambah sukar untuk menanggalkannya. Dikatakan akan melekat disitu hingga kenyang. Lebih kurang empat hari kemuadian dia akan merayap keluar dan jatuh sendiri. Semua anggota rombongan yang ada di situ pada masa tersebut telah menjadi habuan “Tungau” tersebut. Ia tersangatlah gatal.

Sementara Berkeley dan Dato’ Adika Raja berbangga dengan hasil pancing mereka, kami yang tinggal di khemah telah mendapat habuan percuma dari syaitan kecil ini.
Kami meninggalkan perkhemahan tersebut pa 2 Ogos 1909 pada jam 7.45 pagi dan bergerak hingga sampai di Jeram Kekwa yang terbentang luas dan dipenuhi dengan batu batannya. Di sini, tepian sungainya terdiri dari hamparan batu hampar yang luas dan licin dipermukaannya. Ianya amat merbahaya kepada perjalanan dengan gajah. Salah sekor gajah kami yang diberi nama Kulup Bintang telah tergelincir dan jatuh hingga menyebabkan kedua gadingnya patah kerana terhempas ke batu.
Musuh kecil kami iaitu “Rengit” masih kekal mengekori dan mengganggu keselesaaan kami. Pada jam 8.45 pagi kami meyusur melingkungi Lubuk Panjang. Selepas itu Sungai Perak mengalir lurus dan dalam sejauh ¾ batu diantara dua belah tebingnya yang tinggi.

Dari sini perjalanan kami nampaknya akan mula mendaki. Pada jam 11.15 pagi kami menyeberangi sebuah anak sungai yang sangat jernih. Pada anggaran saya sungai ini sama besar dengan Sungai Tahan. Selepas itu kami menyeberangi sungai ‘ibu’ (Sungai Perak) sebanyak lima kali. Mengikut satu cerita, di salah satu tempat menyeberang yang diberi nama “Manik’, seorang peserta rombongan pengembara En Caulfield telah di cekup oleh seekor harimau dari dalam ‘Rengka” gajah di tengah-tengah perkhemahan mereka pada tahun 1884. Harimau tersebut adalah merupakan harimau liar tempatan yang terkenal dengan cerita tentang bagaimana pemakan orang ini membaham mangsa-mangsanya di masa lalu.

Tanpa kami sedari, rupa-rupanya kami telah terlajak melepasi tempat/lokasi yang kami rancangkan iaitu Jakat. Maka terpaksalah kami berkhemah di tempat yang kami tidak rancangkan terlebih dahulu. Kami berkhemah di tempat tersebut pada jam 3.20 petang. Seekor ular senduk dan sekor lagi ular matahari telah dibunuh dalam jarak satu kaki antara satu sama lain berhampiran tapak khemah saya. Dan semasa persiapan dibuat untuk medirikan khemah Simmons beberapa minit kemudian, seekor lagi ular matahari kecil di bunuh. Ular ini nampak cantik tetapi amat berbisa. Satu insiden yang amat jarang berlaku iaitu penemuan ular demikian di tengah hutan tebal sebegini. Jadi insiden ini amat luar biasa.

Semasa kami sedang mandi, tiba-tiba kedenganran bunyi gajah bertempik dan gembala segera bergegas ke sana untuk mengetahui apa yang telah berlaku. “Bogek” telah di rantai ke satu penambat. Tetapi gajah jantan kepunyaan Raja yang di beri nama “Kulup Candan” telah melintasi terlalu rapat dengan “Bogek”. Gajah yang garang tersebut telah menyondol punggung “Kulup Candan” dan mencederakannya. Setelah di periksa oleh Berkeley didapti kecederaan “Kulup Candan” tidak parah.

Pada jam 7.15 pagi, 3 Ogos 1909, Simmons dan saya meninggalkan khemah dengan menunggang Mek Mas. Kami bergerak sehingga ke rumah rehat yang telah didirikan oleh Wan Hussein di satu tempat yang dinamakan Tunggul Buruk. Setelah berihat seketika, saya dan rombongan kemudiannya berlepas dari Tunggul Buruk dengan di ketuai oleh Dato’ Wan Man bersama Tukang masak Cina dan seorang budak Melayu (Orang Sayong). Dari sini kami telah mula memasuki kawasan Belum (Lembah Belum atau Belum Lama). Kami melintasi tidak kurang dari tujuh buah anak sungai di sepanjang perjalanan kami. Tidak hairanlah sekiranya Sungai Perak mempunyai aliran air yang banyak (kapasiti air yang banyak). Tentu sahaja banjir mudah berlaku sekiranya hujan lebat turun di kawasan ini.

Pada permulaan perjalanan, kami telah melalui satu kawasan tanah pamah yang dipenuhi dengan pokok-pokok buluh. Dengan keadaan jalan yang agak baik, pergerakan kami agak laju dan penuh bersemangat. Tetapi malang bagi saya kerana tidak menyedari ada satu dahan pokok melintangi jalan yang mana dahannya itu sama paras dengan kepala saya. Saya hampir pengsan apabila kepala saya terhantuk di dahan tersebut.

Tidak berapa lama kemudian perjalanan kami agak mendaki. Apabila kami sampai di satu tempat.... tiba-tiba kelihatan Simmons begitu kelamkabut menutup telinga kirinya dengan tapak tangan kirinya. Saya menjerit kepada Dato’ Wan Man dengan seruan “Tebuan”!!!. Kami secepat kilat berlari mendaki bukit dengan di ekori oleh Simmons, tukang masak Cina yang mana telah pun kena sengatan di tangan dan budak Melayu Sayong yang nampaknya dalam kesakitan dimana dia juga telah kena sengat.
Kami berlari kearah satu kawasan hutan lalang. Saya ternampak satu lorong dengan rimbunan di atasnya. Saya menyuruh Dato Wan Man lari masuk ke situ dengan diikuti oleh kami dengan harapan bahawa kami akan terlindung dan terlepas dari serangannya. Kami tercungap-cungap keletihan dan perlu berihat sebentar sambil memastikan tebuan tersebut telah berlalu pergi.

Bila Simmons datang menghampiri saya, kelihatan darah mengalir keluar dari belakang telingan kirinya. Saya baru sahaja ingin mengesyorkan supaya di sapukan minuman keras whisky di tempat sengatan tersebut sebagai penawar mengurangkan bisanya bila tiba-tiba Simmons menjerit mengatakan ada seekor tebuan sedang terbang di atas kepala saya. Dengan serta merta kami semua menyelinap kembali ke lorong semak lalang tadi.

Kami terus berjalan sejauh lebih kurang 200 ela dari situ dan kembali ke denai asal untuk meneruskan pengembaraan kami. Tiba-tiba Simmons ternampak seekor dari tebuan yang menyerang kami tadi didapati masih melekat di tali pinggang kulit saya. Dia memukul dan menguis tebuan tersebut dari saya dan melenyek kepalanya di atas sebatang kayu.

Baru saya sedari bahawa tebuan tersebut bukan dari spesis tebuan biasa. Ia dari spesis yang di panggil oleh penduduk tempatan sebagai “Panah Liang” yang sangat bisa dan ganas. Ia mendapat nama yang berasal dari gabungan perkataan iaitu panah dan liang (lubang). Panah Liang ini bersarang dalam tanah. Bila sarangnya terusik atau diganggu, dengan serta merta ia akan meluru keluar dari liangnya (lubangnya) seperti panah terlepas dari busur untuk menyerang apa sahaja benda yang bergerak berhampiran dengan sarangnya. Dari situlah spesis tebuan ini mendapat namanya.
Tebuan dari spesis ini amat ditakuti kerana ia merupakan spesis serangga penyengat terbang yang paling bisa di Tanah Melayu. Spesis ini jarang ditemui. Gelang kuning di badannya berwarna lebih terang dari gelang warna oren tebuan biasa. Sayapnya lebih nipis dan lebih perang. Sengatan Panah Liang biasanya membawa demam. Jika ada orang putih (whiteman) pada masa serangan Panah Liang ini, orang kampung yang kena sengat tebuan ini akan segera meminta ubat quinine sebagai ubat demam. Di anggarkan enam sengatan boleh membunuh manusia. Antara sepuluh hingga dua puluh sengatan boleh membunuh kerbau. Sementara bagi gajah pula, dengan beberapa ekor sahaja akan menyebabkan dia akan melakukan satu perbuatan yang sama dengan kita iaitu lari....!!!!!.

Dikatakan bahawa segala tumbuhan kecil di sekitar empat kaki di sekeliling sarangnya akan mati akibat bahang racun tebuan ini. Saya sungguh bernasib baik kerana walaupun telah diserang oleh dua ekor Panah Liang tersebut, tetapi tidak seekorpun tepat kesasarannya iaitu saya. Leher Simmons terus berdarah dan dia berada dalam kesakitan yang amat sangat. Kami bernasib baik kerana tidak lama kemudian kami dapat mengejar rombongan bergajah Wan Hussein. Dia menyapu minyak angin buatan Siam ke leher Simmons dan budak lelaki Sayong tadi dan itu telah melegakan kesakitan yang dialami mereka.

Gembala gajah Wan Hussein juga telah kena sengat di bawah mata kirinya dan muka si malang tersebut kelihatan bengkak. Bila semua rombongan gajah kami telah sampai, didapati enam orang semuanya telah terkena sengatan Panah Liang tersebut. Berkerly telah terlepas dari serangan dengan cara memperlahankan pergerakan gajahnya seberapa yang boleh. Dengan cara demikian, ianya tidak akan menarik perhatian tebuan tersebut kerana ia hanya akan menyerang benda yang bergerak sahaja.
Kami menikmati satu pemandangan yang amat cantik bila kami sampai di Ateng. Dari atas sebuah bukit yang mengunjur sejauh lima batu kami berjalan turun menuju ke arah sungai. Seterusnya kami berjalan menyusuri jalan di lereng tebing yang menyerupai jalan kambing di lereng gunung hingga kami sampai di Kampung Lembu pada jam 1.10 tengah hari.

Kampung lembu adalah sebuah kampung yang pertama kami sampai apabila kami tiba di penempatan perkampungan Belum yang terdiri dari beberapa buah kampung kecil. Sebaik sahaja kami sampai, kami telah dijamu dengan keenakan air kelapa muda. Hanya ada 13 orang penduduk sahaja di kampung tersebut (Kampung Lembu). Lebih kurang 100 ela ke arah hulu dari situ, terdapat pula kampung Kubang Rengit yang didiami oleh 8 orang penduduk. Manakala lebih kurang ¾ batu dari Kubang Regit iaitu setelah melintasi satu kawasan sawah padi, kami sampai pun ampai ke satu kawasan yang sesuai untuk di jadikan kawasan perkhemahan.

Perkhemahan kami terletak tinggi di atas tebing Sungai Perak, dengan berlantaikan rumput yang tumbuh pendek dan bernaungkan di bawah rimbunan dedaun pokok angsana. Kami sampai dan berkhemah di sana pada hari Khamis dan bercadang untuk berada di situ hingga hari Jumaat minggu berikutnya. Ini bertujuan untuk merehatkan gajah-gajah kami serta perlu membuat pertemuan dengan penduduk dari 8 buah perkampungan kecil di sekitar penempatan Belum ini.

Gajah-gajah kami telah berjalan purata 7 batu sehari. Sejauh itulah sahaja yang dapat dilakukannya dengan beban yang ditanggung dan bergerak secara berombongan.
Pada jam 5.00 petang saya memikul senapang keluar menembak beberapa ekor ayam hutan. Bila tiba di satu tempat yang dinamakan Tandok, saya menjumpai satu kawasan yang baru diterokai oleh dua orang peneroka. Tempat tersebut terletak tidak jauh dari kawasan perkhemahan kami.

Paja 5.30 pagi, 4 Ogos 1909 saya bangun dari tidur. Setelah sarapan saya keluar dari perkhemahan dengan menyandang senapang. Saya menembak ayam hutan dua kali tetapi seekor sahaja yang dapat. Saya berjalan menuju ke Kampung Lapang Hanyir (sebutan tempatan: kampung Pahanyir) iaitu perkampungan Dato’ Penghulu Wan Man. Jumlah penduduk kampung ini seramai 23 orang. Di pinggir kampung kelihatan teres petak sawah berjajar lurus. Satu sistem saliran (tali air) telah dibina bagi mengairi sawah-sawah tersebut. Tentu ada seorang yang berbakat jurutera semulajadi yang bijak sehingga dapat mengatur pembinaan tali air dari Sungai Maka hingga air dapat mengalir ke kawasan tersebut dengan cara menggali parit yang agak dalam juga.
Pada hari tersebut, penduduk kampung kecil berhampiran seperti Kampung Belimbing dari kedua belah tebing Sungai Perak, Kampung Kebeng dan penduduk Kampung Gerek datang melawat perkhemahan kami. Dari maklumat lisan, saya membuat bancian penduduk mengikut pecahan seperti berikut;.. Mereka terdiri dari 27 orang lelaki, 29 orang perempuan dan enam puluh sembilan orang kanak-kanak. Jumlah keseluruhannya 125 orang.

Kami berbincang panjang lebar dengan tok Imam kampung di “pejabatnya”. Seterusnya kami meminta penduduk kampung bergotong royong membina sebuah masjid dan sekolah di situ. Tempat ini amat sesuai memandangkan ianya menjadi pusat tumpuan penduduk perkampungan sekitar Belum ini. Kami menghadiahkan 2 ekor kambing dan seekor kerbau untuk disembelih bagi mengadakan satu majlis keramaian bersempena dengan kedatangan rombongan kami bertemu dengan penduduk Belum.
Bersempena dengan majlis keramaian itu juga, seramai 16 orang “hamba hutang” telah dibawa kehadapan saya. Saya mengistiharkan bahawa 14 orang dari mereka telah ditebus dan dibebaskan dari cengkaman hutang mereka.

Nota: 2 orang lagi hamba yang dikemukakan tidak boleh ditebus pada masa itu kerana kesalahan mereka lebih berat yang bersangkut dengan jenayah. Maklumat lanjut berhubung nasib mereka tidak diketahui. Hamba hutang ini sebenarnya adalah orang yang berhutang tetapi tidak mampu membayarnya. Oleh itu sebagai hukuman, mereka di jatuhi hukuman bekerja dengan Dato’ Wan Man. Diantara kerja-kerjanya adalah seperti bekerja membersihkan ladang, kerja-kerja di sawah, kerja di ladang padi bukit, belaan gajah dan lain-lain. Mereka diberikan makanan dan tempat tinggal tetapi wang upah mereka akan di kumpulkan bagi membayar hutang-hutang mereka yang tertunggak. Apabila semua hutang-hutang mereka telah dilangsaikan oleh Dato’ Wan Man, mereka kembali dibebaskan menjalani kehidupan bebas mereka (Sumber penyelidikan oleh pengarang/penterjemah)

Wan Hussein iaitu wakil kerajaan Siam Patani (Raja Reman) telah membuat pengistiharan iaitu dari hari tersebut, Daerah Belum akan terletak di bawah kerajaan Negeri Perak dan tidak lagi di bawah kerajaan Siam. Saya pula memberi penerangan kepada mereka tentang tugas-tugas dan dasar pentadbiran baru kerajaan yang perlu diikuti. Mereka (penduduk Belum) pula berjanji bahawa mereka akan cuba memanggil kembali penduduk yang telah meninggalkan perkampungan ini untuk kembali ke Belum dan mengusahakan sawah dan tanah dusun yang terbiar.
Seterusnya penduduk mengadu bahawa mereka menghadapi masaalah mendapatkan bekalan belacan dan garam. Manakala keluaran beras mereka lebih dari mencukupi dari hasil pertanian sawah padi dan padi bukit. Mereka telah membekalkan kami dengan ayam dan beras bermutu tinggi.

Perkampungan mereka ini terletak lebih kurang lima puluh batu dari pekan Gerik. Memang tidak ada cara yang lebih berkesan untuk menghantar barang keperluan secara tetap dan berterusan ke kawasan ini. Yang terbaik setakat ini ialah dengan menggunakan gajah sebulan sekali. Jika orang Cina digalakkan tinggal dan berniaga di situ masalah ini tentu boleh diatasi. Tetapi menghisap dan menagih candu tidak menjadi kelaziman di Belum. Ini akan mendatangkan masalah kepada orang Cina untuk membawa bekalan candu ke pendalaman negeri.

Mengikut bancian saya, penduduk Belum pada masa itu berjumlah 206 orang semuanya. Tidak ada masa depan untuk perusahaan pertanian di sini melainkan untuk kegunaan tempatan sahaja. Sukar untuk memasarkan hasil kerana kos pengangkutan itu sendiri tidak mengizinkannya.

Kawasan Belum terletak di paras 1,500 kaki dari paras laut dan tentu sahaja mempunyai iklim yang menyegarkan. Tapi sungguh menyedihkan bila melihat ramai penduduk terutamanya kanak-kanak menghidap penyakit “Bengok”. Banyak nyamuk membiak di sini tetapi didapti tidak ramai penduduk yang menghidap demam. BILA ANDA BERADA DI SANA, ANDA AKAN DAPAT MERASAI SENDIRI BETAPA BAGUS DAN DAMAINYA TEMPAT INI!!!!!. Namun perjalanan untuk sampai ke sini sungguh mencabar sekali.

SALANJUTNYA KISAH PENGEMBARAAN BALIK KE GERIK MELALUI SUNGAI PERAK...................

Hari Khamis 4 Ogos 1909, Wan Hussein telah kembali ke Betong, Thailand. Sebelum itu dia telah mempamirkan kepada saya sebuah peta yang menunjukkan sempadan baru antara Siam dan Perak yang di keluarkan oleh pihak berkuasa di Bangkok. Wan Hussein seorang yang peramah dan baik hati.

Kami memulakan perjalanan kami untuk kembali Gerik pada hari Jumaat, 6 Ogos 1909 jam 0800 pagi. Kami tiba ditempat tambatan rakit yang akan kami gunakan untuk menghilir Sungai Perak iaitu di Lubuk Jerai pada jam 03.00 petang 7 Ogos 1909. Rakit ini sungguh besar dan selesa di mana kami boleh tidur di atasnya. Diperbuat dari 16 batang buluh panjang yang di ikat (disirat) dengan rotan antara satu sama lain membentuk sebuah pelantar buluh terapung. Berukuran 48 kaki panjang dan 5½ kaki lebar. Dibahagian bawahnya ditambah lima batang buluh lagi yang bertindak sebagai pengapung tambahan dan juga sebagai penghadang/pelindung bahagian bawah. Sebuah rumah (pondok) di dirikan ditengah-tengah rakit dengan ukuran 11 kaki panjang dan 5½ kaki lebar (sama lebar dengan rakit). Ditinggikan 15 inci dari aras lantai rakit dengan cara menyusun tiga batang buluh melintang dan tiga batang buluh membujur. Pelantarnya pula dibuat dari kepingan buluh yang disusun rapat dan diikat atau disirat antara satu sama lain. Beberapa batang kayu didirikan dengan cara diikat di kiri dan kanannya sebagai tiang untuk memasang kain khemah sebagai bumbung.
Gambaran “Rakit Remba”. Rakit yang digunakan oleh EW Birch (Rakit ini dibina dalam sekala yang lebih kecil)

Kerja-kerja menjala ikan dijalankan dan kami mendapat 35 ekor ikan. Terdiri dari seekor ikan kelah besar, 2 ekor ikan kelah kecil serta beberapa ekor ikan Rong, Tenggalan dan Krai.

8 Ogos 1909, dengan menaiki rakit yang pertama, saya berlepas pada jam 7.30 pagi. Terlihat seekor kijang tetapi salah seorang perakit kami menakutkan kijang tersebut dengan cara melaung ke arahnya. Saya menembak ke arah seekor ayam hutan tetapi tersasar. Pagi itu sungguh nyaman dengan keputihan kabus pagi dan dialuni dengan bayu yang segar. Bunyi deruan air dengan gabungan alam semulajadi sungguh mempesonakan.

Kami telah menempuhi 6 buah jeram sebelum kami tiba di Tapong pada jam 10.45 pagi dan seterusnya sampai di Perenggan pada jam 11.10 pagi. Hanya satu sahaja jeram yang laju/curam iaitu jeram Bruah. Kita akan mengalami dua lonjakan semasa kita menuruni jeram tersebut. Ia terletak di permukaan dua kuala sungai yang berdekatan. Sungai di sebelah atas diberi nama Sungai Klian Mas kerana pada satu masa dulu ia menjadi tempat orang Cina mencari emas. Tidak dapat dinafikan memang terdapat galian emas di sana. Satu lagi cabang sungai ialah Sungai Tiang. Sebuah sungai yang agak tenang. Lima atau enam batu ke hulu sungai ini terdapat dusun kelapa dan dusun durian yang ditinggalkan. Di riwayatkan ianya adalah bekas tinggalan Tok Mekong di Temengor.

Bila kami sampai di Perenggan, di dapti salah seekor dari 3 ekor gajah kami yang terlepas lari tempoh hari sudah dapat di tangkap kembali di rumah rehat kami di Peneris. Gajah ini kepunyaan Raja Harun. 2 ekor lagi gajah tersebut kedengaran berada di Dusun Memalik. Terdapat bukti gajah tersebut dalam perjalanan balik. “Ratna” yang tangkap kembali ini kemungkinan telah terpisah dan tertinggal kerana kaki belakangnya didapati telah tercedera dan tempang.

Bila terkenangkan nama Perenggan ini, saya teringat satu cerita dongeng tentang permusuhan dua keturunan monyet iaitu Ungka (Hylobates Concolor) dengan Siamang (Hylobates Sybdactylus). Mereka telah lama bermusuhan dimana mereka tidak boleh tinggal bersama dengan aman dalam satu kawasan. Masing-masing berpendapat mereka harus tinggal di sebelah sungai yang berasingan. Satu di sebelah kanan dan satu lagi disebelah kiri sungai.

Mereka telah bertempur hebat bagi menentukan iaitu yang menang akan tinggal di sebelah kanan dan yang kalah di sebelah kiri sungai. Namun akhirnya mereka mengambil keputusan untuk berunding bagi menyelesaikan pertelingkahan mereka. Mereka memilih dua buah batu besar yang terletak 2 batu ke hulu Kuala Kendrong, Gerik di Sungai Perak (Batu Mawar). Masing-masing duduk di atas batu yang berasingan dan berunding. Perjanjian dicapai iaitu dengan menetapkan bahawa kawasan Ungka adalah disebelah kanan Sungai Perak manakala Siamang pula di sebelah kiri Sungai Perak.

Bagaimanapun nampaknya perjanjian ini tidak pernah di patuhi di kawasan pendalam sebelah hulu Sungai Perak. Sepanjang perjalanan menghiliri Sungai Perak, kami dapat mendengar jeritan wah!..wah!.., iaitu bunyi Ungka di kedua-dua belah tebing Sungai Perak........

Saya telah mengambil beberapa biji benih sejenis kekacang hutan yang menjalar berbunga merah menyala dan berwarna jingga. Bagi orang Melayu mereka memanggilnya pokok “Dedaup”. Di pergigiran air di kedua belah tebing pula ditumbuhi sejenis pokok teratai yang dikenali dengan pokok “Pecah Periuk” (Periuk Kera?). Terdapat banyak juga sejenis pokok yang mengeluarkan bungan berwarna putih bertangkai panjang yang sangat cantik. Saya mengambilnya beberapa kuntum.

Kami meninggalkan Perenggan pada jam 12.20 tengah hari dan berrtembung dengan Penolong Penghulu yang mudik dengan rakit kecil untuk mengiringi kami. Saya meminta beliau naik rakit bersama saya. Setelah menempuhi tujuh lagi jeram, kami berhenti dan menambat rakit kami di pantai berpasir bertentangan dengan Kuala Sunga Ta’ar pada jam 3.15 petang.

Pada 9 Ogos 2009 iaitu pada hari ulang tahun ketujuh pertabalan King Edward VII, kami berlepas dari Kuala Ta’ar pada jam 7.45 pagi. Dato’ Sri Adika Raja berlepas sejam terdahulu dari kami. Ini bermakna perjalanan kami terlambat sejam dari mereka. Namun bila kami sampai di Jeram Goreng pada jam 8.30 pagi, dia belum lagi dapat melepasi jeram tersebut sebaliknya sedang sibuk memotong dahan-dahan dan semak samun yang berjuntaian di atas laluan di tepi sebelah kiri tebing. Dahan dan semak ini telah menghalang pandangan kami bagi menentukan arah alur sungai untuk perjalanan rakit menurun jeram yang deras ini. Rakit Berkeley telah tersangkut dua tiga minit di tempat tersebut.

Dalam perjalanan sehingga ini saya telah menmbak 2 ekor burung Pergam, 2 ekor Helang Kelabu dan saya juga berpeluang melihat sejenis serigala yang bulunya sangat cantik seakan-akan bulu Musang Merah. Kami juga dapat mendengar keriauan sejenis Burung Kuang Raya beberapa kali. Dan paling menarik perhatian saya adalah lebih kurang 12 ekor burung Merbah yang sedang bermandi manda. Dari dahan pokok yang merendang di permukaan air, burung-burung tersebut bergilir-gilir menjunam ke dalam air yang jernih itu dan timbul kembali hinggap di atas dahan. Burung-burung tersebut bukan mencari makan tetapi sahaja bermain dan mandi.

Pada jam 11.00 pagi kami sampai di Jeram Seniang. Oleh kerana pada masa itu rakit kami yang mendahului rombongan yang lain, maka terpaksalah kami berhenti selama 20 minit untuk memotong dahan-dahan dan semak yang berjuntaian. Setelah selesai kami melucur turun jeram tersebut. Sungguh menyeronokkan!!!!. Kami tiba di Kuala Kedah dan seterusnya sampai serta mendarat di Kampung Haji Mudin 10 minit kemudian. Ini adalah penempatan baru kepada penduduk yang berpindah dari Peneris.

Dikatakan bahawa sawah padi di kawasan ini boleh diairi melalui sistem perparitan dari Kedah hingga ke Palut. Namun demikian demikian ianya mestilah terlebih dahulu diperiksa dan disahkan oleh Jabatan Kerja Raya bagi menentukan samada penduduk yang miskin ini boleh terus menetap di penempatan baru ini. Dengan pertolongan Haji Mudim dan Penolong Penghulu, saya membuat bancian penduduk dan mendapati ada 25 orang kesemuanya yang terdiri dari lelaki, perempuan dan kanak-kanak.
Selepas itu saya merayau-rayau ke satu kawasan lapang dan bertemu dengan satu kumpulan orang Asli dari suku kaum Kuncian. Kesemuanya berambut pendek dan berkerinting. Terdapat seorang pemuda yang kelihatan agak segak dengan ketinggian 5 kaki 10 inci. Yang lain semuanya nampak rendah belaka (pendek) walaupun bukan termasuk dalam istilah bantut. Tiga orang perempuan kelihatan sedang menyusukan anak di dada masing-masing. Pada mulanya mereka cuba melarikan diri bila melihat saya. Tetapi setelah di pujuk, mereka datang kembali dan bersembang dengan rancaknya. Raja-raja dahulu selalu merampas anak-anak orang asli dan adakalanya keluarga mereka untuk dijadikan hamba sahaya. Mana yang engkar akan di bunuh.
Kami meningalkan Banding dan menghala ke Jeram palut yang nampaknya tidak begitu deras dan seterusnya kami melintasi Bukit Tali Kail. Bukit ini menjadi sempadan wilayah Siam mengikut perjanjian tahu 1899 yang di tanda dengan batu. Pada jam 3.15 petang, kami menyusur turun Jeram Chenoh. Haluan rakit kami menjunam ke dalam ombak arus jeram tetapi tidaklah sampai membasahi rumah rakit kami.
Pada jam 3.40 petang, kami melintasi Kuala Sungai Singor. Saya sering juga dimaklumkan bahawa Sungai Singor adalah merupakan sungai yang amat cantik. Kualanya mengalir masuk ke Sungai Perak melalui celah-celah batu di satu kawasan yang kelihatan seperti pulau batu. Laluan utama sungai ini mengalir masuk ke Sungai Perak melalui celah-celah batu yang kelebarannya tidak melebehi dari 20 kaki.

Setelah menempuhi 25 buah jeram, lalu kami berhenti untuk bermalam di Kuala Sungai Rengkam. Waktu itu menunjukkan kurang 15 minit jam 5.00 petang. Jeram terakhir yang kami lalui setakat ini adalah Jeram Maya. Jeram tersebut merupakan diantara jeram yang menyeronokkan. Alun gelombangnya lebih besar dari jeram-jeram yang telah kami tempuhi terdahulu.

Jeti Awam Di “Banding”. Nama penempatan “Banding” pernah di sebut oleh EW Birch dalam jurnal pengembaraannya

Sewaktu kami berada di Banding, saya terpandang satu jenis rakit kecil yang dinamakan oleh orang tempatan sebagai “Lantin”. Walaupun dibuat dari buluh juga tetapi sedikit kelainan cara membinanya daripada rakit kami. Dibuat dalam bilangan buluh yang ganjil dari lima batang hingga ke sebelas batang. Seperti juga dengan rakit kami, bahagia pangkal buluh di hala ke belakang manakala bahagian hujung buluh di hala ke hadapan. Batang-batang buluh disusun dan diikat sebegitu rupa hingga menjadi sebuah pelantar terapung. Di bahagian belakang rakit keratan buluh menjadi sama paras. Tetapi di bahagian haluan (bahagian hadapan), potongan buluhnya di buat secara berperingkat-peringkat. Buluh yang paling tengah yang terpanjang sekali. Dua batang buluh lagi sedikit pendek dari yang tengah diikat dikiri dan kanan buluh yang tengah. Manakala dua batang buluh yang seterusnya akan dikerat sedikit pendek dari yang terdahulu juga diikat dikiri dan kanan buluh yang terdahulu. Begitulah seterusnya yang mana akhirnya halauan rakit akan menjadi bentuk seperti kepala panah (arrowshape).
Semasa buluh rakit tersebut masih lagi hijau (baru ditebang dan dibuat rakit) ianya akan diletakkan didarat dengan cara melintang diantara dua tanah tinggi atau di atas dua batang kayu yang agak besar. Di bahagian tengah rakit tersebut akan diletakkan satu beban bertujuan melenturkan sedikit bahagian tengah rakit. Ini beretujuan bila rakit “lantin” berada dalam air, kedua belah hujung rakit akan timbul dari permukaan. Ianya akan memberikan daya luncur yang baik dipermukaan air dan seterusnya memudahkan perjalanan rakit memudik sungai.
Dato’ Wan Man dan saya berlepas dari Kuala Rangkam pada jam 6.15 pagi, 10 Ogos 1909 dalam suasana nyaman pagi yang sungguh menyegarkan. Para peserta rombongan kami ternampak sebatang pokok bacang besar yang sedang berbuah dan telahpun masak. Kami berhenti sekejap lalu beberapa orang daripada mereka naik ke daratan dan mengambil 30 biji buah bacang tersebut. Dalam jarak jauh saya menembak seekor ayam hutan. Dato’ Wan Man pula mengambil beberapa utas ‘Rotan Lang” untuk membuat tali pengikat sebagai persediaan untuk memperbaiki ikatan rakit di Kuala Temengor nanti.
Pada jam 7.30 pagi, kami menghilir dengan menyusur tepi tebing sebelah kanan dan memerhati ke arah Sira Eseh. Dan ternampak seekor rusa yang juga sedang memerhatikan kami. Saya menembak ke arah kepalanya dari jarak lebih kurang 35 ela hingga 40 ela. Rusa kelihatan melompat dan menghilangkan diri. Kami cuba menjejakinya sajauh lebih kurang 200 ela tetapi tidak ada kesan darah di temui. Semasa menunggu kami di rakit, Dato’ Wan Man telah memancing dan mendapat 2 ekor ikan. Bila sampai di rakit, kami dapati semua rombongan pelayaran yang lain telahpun sampai di tempat kami berhenti.
.........Saya tidak tahu samada cerita legenda sejenis burung yang dikenali dengan nama “Burung Tebang Mertua” pernah ditulis dalam mana-mana penulisan Bahasa Inggeris. Ceritanya adalah mengenai seorang muda yang telah ditimpa sumpahan bertukar menjadi burung kerana tindakannya menebang rumah mertuanya. Burung ini seakan-akan burung Enggang tetapi paruhnya lebih keras dari burung Enggang. Ianya seperti seorang miskin yang kelaparan yang sentiasa mengekori kita di mana sahaja bila kita berada di dalam hutan. Bunyinya bermula seperti seseorang sedang mengetuk kayu secara berselang-selang beberapa kali dan seterusnya dengan serta merta beretukar menjadi seperti hilaian ketawa orang gila yang berpuas hati dengan tindakannya.........
“Pada satu masa dahulu seorang anak dara telah jatuh cinta dan berkahwin dengan seorang pemuda yang boros dan panas baran. Ibu gadis tersebut amat marah dan tidak merestui perkahwinan anaknya itu. Hendak di jadika cerita, pada suatu hari, si isteri yang sedang memasak mendapati garam yang diperlukannya untuk memasak sudah habis. Si isteri meminta suaminya pergi ke rumah ibunya untuk meminta sedikit garam. Ibu mertuanya yang sememangnya sedang marah atas perkahwinan tersebut enggan memberikannya walau sedikit pun. Pemuda yang memang panas baran itu naik radang lalu menghunus parangnya dan mula menebang tiang rumah mertuanya dengan mengeluarkan bunyi tok! tok! tok apabila parangnya terkena kayu tiang rumah tersebut. Tidak berapa lama kemudian rumah itu pun runtuh. Pemuda tersebut terus ketawa mengilai panjang seperti orang gila kerana puas hatinya. Akibat dari perbuatannya itu dia telah ditimpa bala dan dimakan sumpah dengan bertukar menjadi sejenis burung iaitu ‘Burung Tebang Mertua’.

Disepanjang pengembaraan dan perjalanan, kami sentiasa sahaja dapat mendengar hilaian dan ketukannya. Dan sudah tentunya anda juga akan mengalaminya sekiranya anda mengembara ke dalam hutan di kawasan ini seperti kami.”
Kami sampai ke jeram yang ke 10 pada hari itu iaitu Jeram Halangan pada jam 9.30 pagi. Rakit Dato’ Wan Man meluncur turun dengan lajunya. Penolong Penghulu memaklumkan bahawa rakit Dato’ Wan Man hampir-hampir terbalik. Dengan demikian beliau tidak mahu mengambil risiko membawa saya menaiki rakit semasa menuruni jeram ini kerana amat bahaya. Kelihatan Berkeley berjalan balik ke arah kami dan bersetuju dengan saranan Penolong Penghulu bahawa kami semua perlu turun berjalan kaki dan mengurangkan beban rakit seberapa yang boleh.
Kami pun terpaksalah mengikut arahan tersebut dan turun berjalan kaki. Sungguh sayang sekali saya terpaksa melepaskan satu peluang yang menyeronokkan. Ini kerana terbukti bahawa jeram tersebut tidaklah sebahaya mana jika di bandingkan dengan laluan jeram yang akan kami lalui seterusnya nanti dimana ianya lebih hebat dan mencabar dan sesungguhnya amat menyeronokkan.
Kuala Temengor terletak di kaki Jeram Halangan dan kami berhenti di sana. Dengan arahan Dato’ Wan Man, rakitnya dan rakit saya perlu di ungkai untuk di ubah suai. Lantai rakit di lebarkan lagi dengan menyusun 22 batang buluh mejadikan kelebaran rakit kepada kepada 7 kaki 6 inci.. Di bahagian bawah rakit juga ditambah bulu menjadi 22 batang. Rumah rakit menjadi lebar mengikut sebagaimana lebarnya rakit tersebut. Semasa rakit diubah suai, saya dan Berkeley pergi melawat 20 orang penduduk Kampung Kuala Temengor. Mereka memerlukan beras dan kami berikan sedikit. Mereka berikan kepada kami jagung dan kacang panjang.
Di Kuala Temengor ini kami terjumpa Mek Suli, iaitu salah seekor gajah rombongan yang masih hilang. Gajah tersebut kepunyaan To’ Muda Kinta. Sayangnya kami tidak berjaya menangkapnya kembali ketika itu.
Lebih kurang 15 minit lagi satu tengah hari, kami berlepas dari Kuala Temengor. Saya dan Dato’ Wan Man menaiki rakit yang pertama. Berkeley dan Simmons menaiki rakit yang ke dua sementara satu lagi kumpulan termasuk tukang masak Cina menaiki rakit yang ke tiga.
Tidak berapa lama kemudian kami sampai di Jeram Panjang. Ia sungguh cantik dan nampaknya sungguh mencabar sekali. Dikedua belah tebingnya adalah terdidi dari dinding batu yang memanjang berwarna hitam dan sedikit cerah di bahagian atasnya. Di beberapa bahagian, lorong laluan menjadi terbuka dan membentuk separuh bulatan namun ianya tidak melebihi 50 kaki lebar.
Sebaik sahaja sampai di bertentangan dengan sebuah batu yang berbentuk luar biasa; iatu batu yang di beri nama ‘Berhala Tok Seh Hulu’ yang terletak di sebelah kiri tebing, Pak mat Nor, Penolong Penghulu membaling satu benda ke arah batu tersebut sebagai satu hadiah sambil menyeru kata-kata berikut:-

“Nenek! Minta tabek kita nak lalu tolong hantar Tuan Besar dengan Dato’ sampai ke Bersia dan jangan apa cacat cela”.

Mana-mana juga orang yang melintasi batu berhala tersebut mestilah menyeru kata-kata seperti di atas dan seterusnya memberi sesuatu hadiah untuk mengelakkan diri dari ditimpa bencana dalam perjalanan seterusnya. Bentuk rupa hadiah tidak ditetapkan. Sudah memadai dengan hanya membaling satu tin susu kosong kearahnya.
Seterusnya.......tiga orang berdiri di hadapan menjaga kemudi panjang untuk membetulkan haluan rakit. Manakala dua orang lagi berdiri di kiri dan kanan bahagian belakang rakit dengan memegang sebatang galah untuk menolak atau “canggah” bagi menahan rakit kami dari tersondol ke arah batu kerana arus deras sentiasa sahaja menolak rakit kami menuju ke arah batu-batu tersebut.
Jeram Panjang Hulu merupakan sebuah jeram yang berangkai yang bertebingkan batu. Bentuk jeramnya bersambung-sambung iaitu selepas satu jeram kemudiannya akan sampai di lubuk berliku (berpusar) dan kemudiannya bersambung dengan jeram kembali secara berselang seli. Laluan jeram yang pertama mengambil masa 20 minit bertali arus. Di jeram tersebut ada tiga tempat yang terkenal iaitu Punai, Terang dan Gua. Rakit kami meluncur turun menempuh ombak, di lambung dan menghadapi pusaran air. Ketika menuruni Punai, kami telah di basahi oleh alun gelombang. Sementara di Terang pula kami hampir tenggelam apabila di hanyutkan secara merentasi jeram tersebut dan tertolak menghala ke batu sebelah kiri kami. Syed Ali, yang merupakan seorang pemain Rebab (sejenis biola tradisional Melayu) telah tercampak ke dalam air. Tiga orang jurumudi juga telah tercampak ke dalam air dan berenang ke arah rakit kami.
Rakit telah berpusing dan meluncur ke arah batu. Dua orang juru galah tidak berupaya menahanya. Tiga orang jurumudi tadi berpaut kepada kayu dayung dan dengan pertolongan Dato’ Wan Man, mereka di tolak melepasi batu. Syed Wahab melambaikan tangan ke arah saya sambil menjerit “Lebih baik kau terjun sekarang dan naik ke atas batu!...”. Tetapi saya tetap berada di atas rakit. Tidak terlintas langsung di fikiran saya bahawa rakit tersebut tidak akan membetulkan kedudukannya dengan sendiri dan saya pula sangat teruja dengan cabaran sebegini.
Suasana cemas di Terang berakhir dalam masa lebih kurang seminit. Kami kemudiannya disusuli pula dengan saat-saat cemas di Gua yang dasarnya sangat dalam. Apa yang kami lihat adalah sebuag lubuk berpusar dengan airnya mengalir deras dan menyedut rakit ke kiri. Penggalah berjaya menanggah rakit dari terhentak ke batu dan berjaya menolak rakit ke arah alur yang tenang. Seperti yang saya nyatakan terdahulu bahawa ianya adalah dalam satu jangka masa 20 minit yang penuh dengan keseronokan. Beberapa minit berikutnya kami menuruni satu lagi jeram.
Beberapa tahun terdahulu, Merssers Bozzolo dan Lauder yang dalam satu misi pengembaraan mereka telah menuruni Jeram Panjang ini. Sampai di Gua, iaitu lubuk berpusar tersebut, rakit mereka telah tersedut. Semasa haluan rakit mereka mula menjunam ke dalam air, mereka berjaya melompat ke atas batu tetapi kehilangan semua barang keperluan.
Kami seterusnya sampai di kawsan arus yang dalam di mana galah tidak sampai ke dasarnya. Akibat dari arus air yang deras telah menyebabkan jurumudi kami tidak dapat mengawal haluan lalu rakit kami nampaknya akan tersadur ke atas sebuah batu dan meluncur turun kesebelah sana (hilir). Jurumudi sebelah kanan telah menerjah dengan dayungnya dan berjaya melepasi batu tersebut. Tidak berapa lama setelah kami berjaya melepasi halangan tersebut iaitu di sekitar jam 1.25 tengah hari tiba-tiba kami terdengar teriakan penggilan dari Berkeley. Kami lihat dia berdiri di tepi pantai berpasir lebih kurang ¼ batu di belakang. Kami bergalah ke tebing dan menghantar 6 orang untuk menyiasat apa yang telah berlaku. Didapati beberapa ikatan buluh bahagian bawah rakitnya telah putus dan memerlukan pembaikan. Jadi untuk hari itu berkhemahlah kami di sana. Baru saya sedari bahawa saya telah kehilangan sepasang kasut memburu buatan Inggeris saya.
Pada 11 Ogos 1909, kami mula berlepas dari sana pada jam 7.30 pagi. Kami sungguh bernasib baik kerana pada malam tadi hujan telah turun dengan lebatnya. Paras air sungai telah naik lebih kurang 18 inci hingga ke 2 kaki. Ini akan memudahkan pelayaran rakit kami seterusnya. Pada jam 8.00 pagi iaitu sebelum kami menuruni Jeram Ringat, kami ternampak gajah betina terakhir yang masih hilang yang diberi nama Ratna Kemboja beberapa kaki dari tebing sebelah kanan sungai. Selepas menuruni jeram tersebut, kami bergalah ke tebing dan menghantar 2 orang untuk menangkapnya. Pada jam 9.15 pagi, orang yang ditugaskan mencari gajah tersebut tiba kembali dan memaklumkan bahawa gajag tersebut telah cabut lari sebelum berjaya di tangkap.
Sungai Ringat mengalirkan air lumpur sisa perlombongan masuk ke dalam Sungai Perak. Satu fenomena yang patut diberhentikan dengan segera.

Paja jam 10.00 pagi, kami tiba di Jeram Brusa. Kami berhenti di sini selama sepuluh minit sementara menunggu pakar-pakar pelayaran kami memeriksa keadaan air. Keputusan telah dibuat bahawa kami boleh menghilir melalui alur kecil. Kami pun berlepas dimana lebih kurang 15 minit berikutnya kami terpaksa berhadapan dengan keadaan aliran air yang teruk; iaitu berpusing, alur sungai bengkang bengkok yang mengalir laju, ombak yang bergulung dan pusaran air. Ada sebuag batu di tengah alur yang sangat merbahaya. Tetapi kenaikan paras air telah menolong kami mengelak daripada terdampar ke atasnya. Tidak berapa lama kemudian rakit kami tenggelam lebih kurang sekaki ke dalam curanan jeram dan golongan ombak tetapi timbul kembali selepas itu. Kami mengelilingi satu lingkungan terakhir dan seterusnya sampai di alur yang mengalir tenang.

Tidak lama selepas kami melepasi halangan Jeram Brusa kami dan seterusnya sampai pula menempuhi Jeram Breksa. Jeram ini tidaklan panjang dan juga tidak sederas mana alurnya. Tetapi kami telah menghadapi rintangan longgokan batu batan yang menyedut arus melalui celah-celahnya dan menjunam ke arah alur sungai ibu. Kami terpaksa menyusuri begitu hampir dengan sedutan alur air ini kerana telah di tolak arus. Bahagian belakang rakit kami telah berlanggar dengan batu dimana separuh dari rakit kami telah ditarik (disedut) ke alur sungai ibu melalui celah batu-batu tersebut. Tetapi mujurlah pendayung (jurumudi) kami yang penuh mahir dan berpengalaman berjaya memperbetulkan kemabali haluan rakit itu.

Pada jam 11.20 pagi kami sampai di Pulau Temin, iaitu sebuah pulau sungai yang agak besar. Seterunya pada jam 12.10 tengah hari kami kami melintasi Bersia. Tidak lama selepas itu kami dapat melihat kebiruan puncak Gunung Kendrong yang mempunyai ketinggian 4,000 kaki dan puncak Gunung Krunei dengan ketinggian 3.200 kaki yang terletak sebelah menyebelah. Dua pemandangan puncak gunung yang sungguh mempesonakan.



Gambar sebenar Gunung Kendrong (kiri) 4,000 kaki & Gunung Krunei (kanan) 3,200 kaki. Terletak Lebih kurang 8 km dari bandar Gerik. Distinasi menarik untuk penggemar mendaki gunung, jungle tracking dan sukan lasak. ( gambar sisipan adalah illusi penulis dari kata-kata EW Birch pada tahun 1909)

Pada jam 12.45 tenga hari kami melepasi Kampong Kota yang terletak di sebelah kiri sungai. Seterusnya melintasi Kuala Sungai Rui yang berlumpur di sebelah kanan.
Pada jam 1.15 tengah hari kami melepasi Berkuning yang dikatakan pernah menjadi perkampungan Tok Mekong Pah Halia. Pada jam 1.40 tengah hari kami tiba di Batu Mawar (Batu Mawas?) iaitu batu dimana cerita dongeng Ungka dan Siamang mementerai perjanjian sempadan daerah mereka. Lewat jam 2.00 petang kami pun tiba di Kuala Kendrong setelah mengembara menghilir sungai selama 6 jam 25 minit dari Kula Temenggor. Dikatakan inilah masa yang paling pantas pernah di buat.
Pada 12 Ogos 1909, setelah selesai minum pagi bersama Berkeley yang menunya terdiri dari daging kijang, telur tuntong dan madu lebah liar, saya pun berkereta balik ke Taiping.
Berikut disenaraikan sebahagian dari nama-nama gajah yang agak menarik yang telah kami gunakan dalam pengembaraan kami ke Belum:-
1. BOGEK
2. RATNA KEMBOJA
3. CHAPANG
4. BINTANG TIMUR
5. KULUP CANDAN
6. MEK MAS
7. RATNA MILIK
8. LANCANG PATANI
9. SAUK
10. SEGAK MANIS
11. JANGOK
12. MANJA
13. CHENDERAWASIH
14. MEK SULI
15. KULUP BINTANG
16. RATNA

Diselidik , Diterjemahkan Dan Di sunting Oleh
ZAHARI BIN MAT TAIB

Dipetik dan diterjemahkan dari sebuah artikal dalam jurnal ‘Striats Branch Of The Royal Asiatic Society No 54 1910’. oleh EW Birch
KISAH MOHD TAIB JADI UTUSAN KE KHEMAH KOMUNIS
Pada satu hari dalam tahun 1955, semua Penggawa (Penghulu di Kelantan) dan Tok Penghulu (Ketua Kampong di Kelantan) telah dipanggil bermesyuarat di Macang Kelantan bagi mencari jalan bagaimana atau siapa yang akan membawa satu perutusan (surat) bagi mempelawa Chin Peng keluar dari hutan dan membuat perjumpaan (mesyuarat) dengan Tunku Abdul Rahman agar Malaya bertukar aman yang menjadi prasyarat British memberi kemerdekaan kepada Malaya (Tanah Melayu). Surat tersebut adalah merupakan surat/utusan sebagai jaminan keselamatan dari seorang Ketua Menteri Tanah Melayu (PM sekarang). Sebenarnya pada masa itu ayahku tidak tahu kandungan sebenar isi surat tersebut. Yang dia tahu surat itu dari Tunku Abd Rahman kepada Chin Peng mempelawa untuk mencari jalan keamanan. Itu sahaja yang dia tahu. Ayahku tak pandai menulis/membaca rumi. Dia hanya pandai menulis dan membaca huruf jawi. Yang peliknya kesemua huruf rumi dari A hingga Z dia tahu dan hafal.

Bukan senang untuk menyakinkan seorang ketua pengganas komunis agar keluar dan berjumpa dengan pihak kerajaan. Lebih-lebih lagi ianya merupakan risiko hidup dan mati dirinya. Alat perhubungan bukannya canggih seperti sekarang. Kalau nak menggunakan utusan manusia pula siapa yang sanggup. Kalau tersilap congak, masuk ke kawasan komunis itu maknanya menempah maut.

Setelah seruan seorang sukarelawan di perlukan, ayahku segera menyahut cabaran tersebut. Bukan untuk menunjuk berani atau membangga diri. Bagi dirinya, kehidupan di kawasan mukimnya bagaikan hidup dalam neraka. Setiap hari rakyat hidup dalam ketakutan yang tiada penyudahnya. Sudah bertahun lamanya sejak dari zaman Jepun hingga ke tarikh tersebut tidak pernah seharipun merasa nikmat keamanan. Dengan harapan bila Chin Peng dapat berjumpa dengan Tunku dan keamanan akan wujud maka itulah ayahku menawarkan dirinya untuk menjalankan misi tersebut.

Dalam misinya memasuki kawasan pengganas komunis untuk menyampaikan surat amanat dari Tunku Abd rahman, nyawa ayahku hampir melayang. Ayahku di ancam akan di bunuh sekiranya mendapat arahan dari Chin Peng. Bebelas jam ayahku dikurung dalam satu kandang dengan senjata sentiasa menghala ke kepala ayahku. Di biarkan tanpa makan minum dan kesejukan malam hari hinggalah ke tengah malam bila seorang yang bertopeng diseluruh kepala (melainkan dua biji matanya dan mulutnya sahaja yang boleh di lihat) tiba entah dari mana, mengesahkan akan utusan ayahku dan seterusnya membebaskan ayahku pulang sendiri.

Ancamana bukan sahaja datang dari komunis yang kurang yakin dan menganggap ayahku pengintip malah ancaman bunuh juga datang dari seorang tali barut komunis bertalam dua muka yang bernama ‘Johnny’. Disebelah kerajaan Tanah Melayu, ayahku kenal ‘Johnny’ merupakan seorang agen kerajaan yang menyampaikan maklumat pergerakan komunis. Tetapi bila ayahku sampai di kawasan Weng di Selatan Thai, tembelangnya telah pecah kepada ayahku bahawa ‘Johnny’ juga menyampaikan pergerakan tentera kerajaan Tanah Melayu kepada pengganas komunis. Jadi Johnny berhasrat membunuh ayahku sebelum tembelangnya pecah kepada kedua-dua pihak.

Percubaan Johnny untuk membunuh ayahku sebelum ayahku sampai ke kem komunis tak berjaya kerana ayahku telah sampai ke kem komunis terlebih dahulu dari Johnny. Jadi Johnny membuat perancangan membunh ayahku semasa dalam perjalanan balik (ambush). Tetapi Johhny gagal juga kerana ayahku membuat tektik menggunakan jalan yang lain walaupun masih perlu melepasi check point komunis yang juga telah diatur oleh Johnny. Puncanya pengawal komunis tak mengenali ayahku yang menyangka ayahku adalah orang kampung tempatan.

Percubaan terakhir Johnny untuk membunuh ayahku adalah membawa pengganas komunis mengepong rumah tumpangan sementara ayahku di kawasan Weng sebelum kembali ke Tanah Melayu. Tetapi nasib menyebelahi ayahku lagi bila tuan punya rumah tumpangan tersebut ada hubungan saudara pangkat sepupu dengan ayahku. Saudara ayahku tersebut yang juga merupakan seorang pemimpin tempatan telah memberi amaran kepada gerombolan pengganas komunis tersebut bahawa hubungan baik antara orang kampung di Weng (selatan Thai) dengan komunis akan berakhir sekiranya ayahku di bunuh disana. Dia yang ada pertalian saudara dengan ayahku akan berperang menentang komunis. Jadi pihak komunis tidak mahu mengambil risiko bermusuhan dengan penduduk tempatan lalu beredar. Saudara ayahku membantu ayahku hingga ke Sungai Golok. Kesengsaraan ayahku tamat setelah pihak polis Tanah Melayu menangkap ayahku kerana memasuki negara Tanah Melayu dengan cara menyeludup. Itulah harapan ayahku kerana bila sudah di tahan oleh polis Tanah Melayu, bermakna dia sudah selamat dalam tangan pasukan keselamatan hinggalah OCPD pada masa itu berjumpa dan mengenali ayahku semasa bermesyuarat di Macang tempoh hari.

Itulah sedikit sebanyak kisah perjuangan ayahku demi untuk kemerdekaan Tanah Melayu dan kini Malaysia. Dia tidak mendapat apa-apa imbuhan. Malah sebarang pingat peringatan pun tiada. Kami sekeluarga dulu hidup susah seperti orang lain juga. Namun dalam kesempitan hidup, ayahku tak lupa tentang pelajaran anak-anaknya. Walaupun tidak berpeluang mendapat pendidikan tinggi tetapi sekurang-kurangnya aku telah dibekalkan dengan ilmu yang merubah sedikit kehidupan daripada sesusah-susahnya hinggalah ke sedikit kesenangan walaupun bukan kaya.

Ayahku..sesungguhnya sentiasa di hatiku....

Riwayat perjuangan Mohd Taib bukan untuk bermegah-megah. Di ketengahkan sebagai tatapan anak cucu cicit Mohd Taib yang kini bertebaran di serata pelusuk Malaysia. Dah jadi beratus orang kesemuanya. Dan juga untuk tatapan generasi baru bagaimana susahnya rakyat kalau terjadi huru hara.

Rundingan antara Chin Peng dengan Tunku Abd Rahman telah di adakan di Baling pada tahun 1955 tidak lama selepas Mohd Taib berjaya sampaikan surat jemputan dan jaminan keselamatan kepada ketua pengganas yang dipercayi oleh Mohd Taib adalah Chin Peng. Namun yang pentingnya Chin Peng, Rashid Maidin dan Chin Tean telah keluar dan berunding. Kerajaan tidak mengapa-apakan mereka seperti jaminan yang diberikan.Tetapi rundingan tersebut telah gagal. Salah satu dari sebabnya adalah kerana Tunku tidak bersetuju Parti Komunis Malaya di halalkan di Tanah Melayu.

Komunis amat bertentangan dengan ajaran Islam. Kegagalan itu juga ada hikmahnya kerana ianya menjadi alasan kerajaan untuk meneruskan serangan memerangi pengganas komunis. Komunis memang tidak berniat untuk keamanan tetapi semata-mata atas perjuangan parti komunis sahaja. Namun demkian kita tetap merdeka pada 31 Ogos 1957 walaupun darurat hanya tamat pada tahun 1960.

Kegagalan perjumpaan di Baling hanya menambahkan lagi sokongan rakyat terhadap kerajaan kerana rakyat semua kaum di Malaysia tidak suka huruhara yang dilakukan oleh komunis. Simbolik penyerahan diri komunis telah diadakan di PULAPOL KL. Kalau tak silap pada tahun 1960. Saki baki pengganas digempur habi-habisan hingga pergerakan pengganas komunis bersetuju meletakkan perjuangan bersenjata mereka pada tahun 1989.